Program multidimensi berasaskan rumah untuk mengekalkan kelangsungan hidup untuk bekas pesakit kanser payudara

Latar belakang

Permintaan semakin meningkat untuk program multidimensi berasaskan rumah yang berkesan untuk mengekalkan kelangsungan hidup dalam kalangan wanita yang mempunyai kanser payudara. Ulasan ini dijalankan untuk menilai kesan program-program multidimensi berasaskan rumah untuk mengekalkan kelangsungan hidup ke atas kualiti hidup dalam kalangan wanita yang telah menyempurnakan rawatan utama (pembedahan dan/atau kemoterapi dan/atau radioterapi) untuk kanser payudara dalam 10 tahun yang lalu.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 26 kajian dengan 2272 peserta menerima program multidimensi berasaskan rumah untuk mengekalkan kelangsungan hidup berbanding dengan kawalan. Kandungan dan penyampaian program-program multidimensi berasaskan rumah untuk mengekalkan kelangsungan hidup adalah berbeza dalam kalangan kajian yang dimasukkan ulasan ini. Program pengekalan kelangsungan hidup boleh melibatkan mana-mana kombinasi sekurang-kurangnya dua daripada tiga komponen yang telah dikenalpasti: Pendidikan (seperti penyediaan maklumat dan nasihat tentang cara menguruskan sendiri); fizikal (seperti senaman atau latihan rintangan); dan psikologi (seperti terapi kaunseling dan terapi kognitif). Kebanyakan kajian menggunakan penjagaan biasa (perkhidmatan rawatan susulan rutin) sebagai satu pembandingan. Beberapa kajian menggunakan intervensi bertahap lebih rendah atau berbeza (contohnya: pengurusan tekanan jiwa atau senaman) atau kawalan perhatian sebagai perbandingan.

Keputusan menunjukkan bahawa program multidimensi berasaskan rumah untuk mengekalkan kelangsungan hidup dalam kalangan bekas penghidap kanser payudara mempunyai kesan baik jangka pendek dalam memperbaiki kualiti hidup. Beberapa kajian lain mengkaji kesan program multidimensi berasaskan rumah untuk mengekalkan kelangsungan hidup ke atas hasil simptom dan psikososial. Para bekas pesakit barah payudara yang menerima program-program multidimensi berasaskan rumah untuk mengekalkan kelangsungan hidup menunjukkan pengurangan dalam keletihan, insomnia dan keresahan, tetapi kesannya adalah untuk jangka masa pendek. Tiada perbezaan di antara kumpulan-kumpulan berkenaan dengan simptom kemurungan, kemerahan muka dan berpeluh malam. Kami mendapati bahawa pendekatan berasaskan kumpulan mungkin lebih berkesan daripada pendekatan berasaskan individu untuk menyampaikan program multidimensi berasaskan rumah untuk mengekalkan kelangsungan hidup. Walau bagaimanapun, kami mendapati tiada bukti untuk perbezaan dalam kualiti hidup dengan komponen pendidikan, psikologi atau fizikal daripada program pengekalan kelangsungan hidup berasaskan rumah.

Kualiti bukti

Kualiti bukti daripada keseluruhan kajian kualiti hidup adalah di antara sederhana kepada yang paling rendah, bermakna terdapat beberapa kes dimana kami berasa agak yakin terhadap keputusan (contohnya: peningkatan kualiti kehidupan) sementara terdapat keputusan di dalam kes-kes lain yang kami masih tidak pasti (contohnya: pengurangan keletihan, insomnia dan keresahan).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zahratulfatin Mohd Mahfoz (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi zahratulfatin@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save