Mengubasuai konsistensi makanan dan cecair untuk kesukaran menelan dalam demensia.

Latar belakang

Individu dengan demensia sering menghadapi kesukaran menelan (disfagia). Konsekuensnya termasuklah tercekik, dehidrasi, malnutrisi, penurunan berat badan, pneumonia dan kematian. Pengubahsuaian makanan dan cecair adalah strategi pengurusan yang popular. Adalah dipercayai bahawa peningkatan kelikatan cecair atau mengubah konsistensi makanan memberi peluan individu untuk menelan, dan kurang risiko tercekik atau cecair memasuki saluran pernafasan. Walau bagaimanapun, terdapat semakin bukti yang menunjukkan strategi ini boleh menyebabkan dehidrasi, malnutrisi, konsekuens negatif psikologi/sosial, dan boleh mempengaruhi kualiti hidup orang dengan demensia.

Soalan ulasan

Kami ingin mengetahui jika mengubah kelikatan atau konsistensi makanan atau cecair, atau kedua-duanya, membolehkan menelan lebih selamat dan memberi hasil positif bagi orang dengan demensia dari segi status pernafasan, status nutrisi dan kualiti hidup. Kami ingin menilai jika mengubahsuai makanan atau cecair, atau kedua-duanya, menyebabkan kesan-kesan buruk kepada orang dengan demensia.

Ciri-ciri kajian

Kami menemui dua kajian, di mana kedua-duanya adalah sebahagian daripada kajian berbilang pusat yang sama dan melibatkan orang dengan demensia dan orang tanpa demensia dan penyakit Parkinson. Kami memasukkan data mengenai peakit yang mengalami demensia sahaja. Kajian yang pertama daripada dua kajian ini menyelidik kesan-kesan segera dua kelikatan cecair berbanding cecair nipis biasa terhadap aspirasi (kemasukan makanan atau cecair ke dalam paru-paru) dalam kalangan 351 orang dengan demensia. Kajian ini juga membandingkan aktiviti meminum cecair nipis biasa dengan postur menundukkan kepala dengan aktiviti minum cecair nipis biasa tanpa sebarang perubahan kedudukan kepala; hasil utama adalah kemasukan cecair ke dalam paru-paru. Dengan menggunakan subkumpulan 260 orang dengan demensia dari kajian pertama, kajian kedua membandingkan kesan kelikatan cecair yang sama dengan yang postur dagu ke bawah. Keberkesanan intervensi terhadap insidens pneumonia dan kesan buruk intervensi-intervensi tersebut dinilai dalam tempoh tiga bulan.

Keputusan kajian

Cecair kelikatan seperti madu, yang dianggap sama dengan penerangan 'cecair yang sangat likat' secara klinikal, mempunyai impak positif segera dalam mencegah kemasukan cecair ke dalam paru-paru semasa pemeriksaan videofluoroskopi (x-ray penelanan yang khusus). Walau bagaimanapun, semasa tempoh susulan tiga bulan, terdapat lebih banyak insidens pneumonia di dalam kumpulan pesakit demensia yang menerima cecair likat seperti madu ini, berbanding mereka yang menerima cecair likat seperti nektar dan mereka yang menerima cecair nipis biasa dengan postur dagu ke bawah . Tiada kematian yang diklasifikasi sebagai ‘berkaitan dengan pasti’ terhadap jenis cecair yang diterima oleh orang dengan demensia.

Kesimpulan

Terdapat beberapa kelemahan metodologi dalam kedua-dua kajian ulasan ini dan ini diakui oleh para penulis. Walaupun melikatkan cecair mungkin memberi kesan positif segera terhadap fungsi menelan, klinisian harus mempertimbangkan kesan intervensi ini terhadap orang dengan demensia dalam jangka masa lebih panjang. Orang dengan demensia yang mengambil cecair likat memerlukan susulan jangka panjang. Risiko bias keseluruhan kajian-kajian adalah tinggi. Kualiti bukti adalah rendah Lebih banyak penyelidikan yang direka dengan baik diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com.

Tools
Information
Share/Save