Terapi kalsium intravena profilaktik untuk pertukaran darah transfusi pada bayi baru lahir

Soalan ulasan: adakah pemberian kalsium semasa pertukaran darah transfusi (EBT) mengurangkan risiko kalsium darah rendah dan risiko kematian dari tahap kalsium darah rendah di kalangan bayi yang menerima pertukaran darah transfusi?

Latar Belakang: EBT adalah sejenis pemindahan darah secara besar-besaran (di mana darah diambil dari orang yang sihat dan dimasukkan ke dalam aliran darah seseorang yang sakit) yang terdedah kepada kalsium darah rendah akibat kesan ikatan ("chelating") terhadap bahan kimia "anticlotting" digunakan untuk mengekalkan darah penderma. Kalsium darah rendah boleh menyebabkan otot (termasuk jantung) dan saraf berfungsi tidak normal. Dalam ulasan ini, penyelidik menyiasat manfaat kalsium yang diberi pada tahap kalsium darah dan keselamatan pemberian kalsium kepada bayi baru lahir yang menerima EBT.

Penyelidik mencari pangkalan data perubatan untuk kajian klinikal yang diberikan kalsium atau tiada kalsium kepada bayi baru lahir dari lahir hingga 28 hari menerima EBT dan memantau pelbagai gejala termasuk masalah kematian dan jantung.

Ciri-ciri kajian: penyelidik mengenal pasti hanya satu kajian yang direka dengan buruk untuk dimasukkan

Keputusan: penyelidik mendapati bahawa memberi kalsium kepada bayi yang baru lahir menaikkan tahap kalsium darah serta merta selepas EBT manakala kalsium darah dikurangkan di kalangan bayi yang baru lahir yang tidak menerima kalsium semasa EBT. Namun demikian, walaupun trend yang diperhatikan dalam nilai kalsium darah dalam kedua-dua kumpulan kajian, nilai purata kalsium darah dalam kedua-dua kumpulan kekal dalam had biasa. Di samping itu, maklumat yang sedia ada untuk ulasan ini adalah terhad kerana kesan pemberian atau tidak memberi kalsium semasa EBT adalah tidak dikaji di luar masa EBT.

Kesimpulan: berdasarkan penemuan dalam ulasan ini, tiada bukti yang baik untuk menyokong atau menolak penggunaan kalsium semasa EBT. Penyelidik tidak dapat membuat kesimpulan, kerana bukti yang penyelidik dapati adalah terhad dan berkualiti sangat rendah dan boleh berubah jika lebih banyak hasil daripada kajian yang lebih besar dan lebih baik dirancang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah ). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information