Adakah intervensi untuk memastikan orang tidur mengiring cara terbaik untuk merawat apnea tidur obstruktif?

Apakah apnea tidur obstruktif?

apnea tidur obstruktif (OSA) adalah penyakit tidur di mana dinding tekak kendur dan menjadi sempit ketika tidur. Ini menyebabkan pemberhentian seketika dalam pernafasan. Pemberhentian seketika tersebut boleh berlaku untuk berapa saat kepada beberapa minit dan boleh berlaku banyak kali pada waktu malam. Ini mengganggu tidur seseorang. Pasangan katil boleh terganggu oleh suara dengkuran, dengusan dan sedakan yang kuat. Orang yang hidup dengan OSA boleh menjadi sangat letih pada waktu siang atau mungkin tertidur juga. Ini boleh menjadi bahaya. Dalam kanak-kanak, apnea tidur boleh menyebabkan masalah di sekolah atau hiperaktif.

Apakah OSA posisi?

OSA yang menambahbaik dengan pertukaran posisi seseorang apabila tidur dikenali sebagai apnea tidur posisi (POSA). Orang lazimnya mempunyai apnea apabila baring atas belakang mereka (supine) dan apnea tersebut mungkin mengurang atau hilang apabila mereka baring atas tepi badan.

Apakah rawatan standard bagi OSA?

Rawatan standard adalah satu alat yang dikenali sebagai tekanan saluran pernafasan positif berterusan (CPAP) yang membekalkan pancutan udara berterusan ke dalam saluran pernafasan sewaktu seseorang itu bernafas, yang membantu mengelakkan tekak menjadi sempit ketika tidur.

Apakah terapi posisi?

Terapi posisi adalah intervensi yang membantu mengekalkan seseorang itu dalam posisi tidur mengiring ketika tidur. Contoh termasuklah sesuatu pada belakang seseorang untuk mengelakkan mereka daripada tergolek (sepert bola tenis), bantal istimewa, atau pengera yang menggetar apabila seseorang itu tergolekke posisi tidur atas belakang.

Bagaimanakah keterukan OSA dianggar?

Keterukan OSA dianggar menggunakan satu skala yang dikenali sebagai indeks apnea-hipopnea (AHI). AHI merujuk kepada bilangan angka pernafasan itu berhenti atau menjadi cetek setiap jam tidur. AHI dianggar dengan menggunakan satu kajian yang dijalankan ketika tidur yang dikenali sebagai polysomnography.

Keterukan OSA boleh dianggar secara tidak langsung dengan menggunakan soal selidik yang dipanggil Epworth Sleepiness Scale (ESS). Ini menilai seberapa mengantuknya seseorang itu pada waktu siang.

Apakah tujuan ulasan ini?

Kami ingin membandingkan terapi posisi dengan terapi CPAP dan juga dengan kawalan tidak aktif (tiada terapi posisi atau terapi palsu).

Keputusan

Kami menjumpai lapan kajian dengan 323 orang peserta. Kajian ini membandingkan terapi posisi dengan CPAP (72 peserta) dan terapi posisi dengan kawalan tanpa aktif (251 peserta).

Apabila kajian membandingkan terapi posisi dengan CPAP, mereka menjumpai tiada perbezaan dalam ESS antara kumpulan. Terapi CPAP menunjukkan penambahbaikan yang lebih banyak di dalam AHI (kurang 6.4 kejadian setiap jam dengan CPAP) berbanding dengan terapi posisi. Dalam satu kajian kecil, orang mengikuti terapi posisi untuk 2.5 jam lebih lama daripada CPAP. Tiada perbezaan dalam kualiti hidup atau kualiti tidur antara dua kumpulan dijumpai.

Di dalam perbandingan antara terapi posisi dengan kawalan tanpa aktif, kajian menunjukkan bahawa terapi posisi kelihatan lebih baik berbanding dengan kawalan untuk ESS dan AHI (ESS adalah 1.58 lebih rendah dalam terapi posisi dan AHI adalah 7.38 kurang kejadian setiap jam dengan terapi posisi). Satu kajian yang lain menjumpai kesan sampingan dalam 10% daripada peserta. Kesan sampingan yang kerap merupakan gangguan tidur dan sakit belakang dan dada. Satu kajian melaporkan bahawa tiada perbezaan dalam kualiti hidup dan kualiti tidur antara terapi posisi dan kawalan tanpa aktif.

Semua kajian tersebut berjalan untuk tempoh masa pendek dan melibatkan bilangan peserta yang kecil.

Kesimpulan

1. Terapi posisi adalah kurang berkesan daripada CPAP untuk mengurangkan indeks apea-hipopnea (AHI). Orang boleh menggunakan terapi posisi dengan lebih lama daripada CPAP pada waktu malam. Dari segi hasil kajian yang lain, tiada perbezaan dijumpai.

2. Terapi posisi ditunjukkan sebagai lebih baik daripada kawalan tanpa aktif untuk AHI dan Epworth Sleepiness Scale (ESS).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save