Intervensi berorientasikan tugas untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan koordinasi

Soalan ulasan

Kami mengkaji semula bukti kesan campur tangan yang bertujuan untuk mengamalkan tugasan hidup sebenar ke atas kemahiran pergerakan kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan koordinasi (DCD).

Latar Belakang

DCD adalah suatu masalah lazim dalam zaman kanak-kanak yang bercirikan kesukaran dalam pelaksanaan aktiviti penting berasaskan pergerakan. DCD boleh meyukarkan kanak-kanak untuk menjaga diri mereka sendiri di rumah, melakukannya dengan baik di sekolah, atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan kegiatan waktu lapang kerana mereka mendapati sukar untuk menggerakkan tangan dan badan mereka dengan berkesan. Masalah pergerakan mereka boleh menjejaskan keyakinan dan kehidupan sosial mereka . Intervensi berorientasikan tugas menggunakan aktiviti-aktiviti tertentu yang bermakna kepada kanak-kanak dan memberi mereka peluang untuk mengamalkan aktiviti-aktiviti ini bagi meningkatkan kemahiran motor sepadan. Ulasan ini mengkaji tahap keberkesanan intervensi berorientasikan tugas ke atas pergerakan, fungsi psikososial, aktiviti, dan penyertaan kanak-kanak yang mempunyai DCD.

Ciri-ciri kajian

Kami secara sistematik mencari kajian-kajian yang mengkaji kesan intervensi berorientasikan tugas ke atas kanak-kanak yang mempunyai DCD. Kami dapat mencari 15 kajian yang melibatkan 649 kanak-kanak yang berumur dari lima hingga 12 tahun dengan diagnosis DCD. Peserta-peserta adalah berasal dari Australia, Kanada, China, Sweden, Taiwan, dan United Kingdom. Kajian dilakukan di suasana hospital; di sebuah klinik, makmal, atau pusat berasaskan universiti; di pusat-pusat komuniti; di rumah atau sekolah, atau kedua-duanya di rumah dan di sekolah. Kebanyakannya ujian kecil dan berkualiti rendah. Tempoh intervensi biasanya pendek (iaitu kurang daripada enam bulan).

Keputusan utama

Kita hanya mampu untuk menggabungkan hasil daripada enam kajian dalam meta-analisis, kaedah statistik untuk meringkaskan keputusan dari beberapa kajian bebas. Bersama-sama kajian ini menunjukkan bahawa intervensi berorientasikan tugas mempunyai kesan yang sederhana positif pada masalah pergerakan. Walau bagaimanapun, hasil dari dua kajian kuat sahaja menunjukkan bahawa intervensi berorientasikan tugas tidak menambah baik masalah pergerakan.

Kami tidak dapat menggunakan sembilan kajian yang lain dalam satu meta-analisis kerana kekurangan data, atau kerana intervensi yang digunakan dalam kumpulan kawalan (tanpa intervensi berorientasikan tugas) terlalu berbeza untuk digabungkan. Jadi, kami tidak dapat melaksanakan sebarang meta-analisis ke atas banyak ukuran hasil kajian kami ataupun melihat kesan umur, jantina, tahap DCD, atau berapa banyak intervensi telah diterima.

Dua kajian melaporkan tiada kesan sampingan. Melalui e-mel, pengarang sembilan kajian tersebut menunjukkan bahawa tiada kecederaan berlaku.

Kualiti bukti

Kualiti bukti pada keseluruhannya adalah rendah, bermaknanya kami sangat kurang pasti mengenai hasil kajian ini.

Kesimpulan

Pada masa ini, campur tangan berorientasikan tugas mungkin berguna untuk kanak-kanak yang mempunyai DCD dalam meningkatkan prestasi mereka dalam ujian pergerakan. Kita tidak boleh pasti tentang manfaatnya dalam bidang lain. Penyelidikan yang berkualiti lebih tinggi diperlukan untuk mengkaji dan memantapkan kesan campur tangan berorientasikan tugas untuk kanak-kanak yang mempunyai DCD.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Zcho Huey (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi zchohuey_c2017@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save