Mengapakah soalan ini penting?
Asma ialah keadaan jangka panjang yang menyebabkan batuk, nafas berdehit, kesesakan nafas dan dada berasa ketat. Apabila gejala bertambah buruk dengan ketara, ia sering dirujuk sebagai satu serangan atau ‘eksaserbasi’, dan ini boleh mengancam nyawa. Pengurusan eksaserbasi di jabatan kecemasan (ED) adalah berbeza-beza, dan sesetengah garis panduan mencadangkan penggunaan magnesium sulfat intraven (IV MgSO
4
)
apabila rawatan lain tidak dapat membantu. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada IV MgSO
4
adalah berkesan, terutamanya dalam kes-kes yang kurang teruk, dan kami ingin menjawab soalan ini.
Bagaimana kami menjawab soalan tersebut?
Kami mencari kajian yang membandingkan IV MgSO
4
dengan plasebo di kalangan orang dewasa yang pergi ke ED dengan eksaserbasi asma. Carian terkini telah dilakukan pada 2 Mei 2014. Kami berminat terutamanya dalam sama ada IV MgSO
4
mengurangkan bilangan orang yang perlu dimasukkan ke hospital, dan kami juga melihat kepada beberapa langkah yang lain, termasuk masa yang dihabiskan di ED, fungsi paru-paru dan skor gejala.
Apakah yang kami temui?
Empat belas kajian memenuhi kriteria kemasukan, melibatkan sejumlah 2313 orang. Kajian-kajian tersebut berbeza dari segi betapa teruknya eksaserbasi harus terjadi untuk orang dimasukkan dan dari segi apa rawatan lain yang telah disediakan sebelum IV MgSO
4
diberikan, tetapi hampir kesemua percubaan memberikan peserta sekurang-kurangnya oksigen, ubat tindakan pendek nebulis dan tablet steroid atau suntikan.
Secara keseluruhannya, IV MgSO
4
mengurangkan keperluan untuk kemasukan ke hospital dibandingkan dengan plasebo (tujuh kurang untuk setiap 100 yang dirawat; 95% selang keyakinan dua hingga 13 kurang). Tiada maklumat mencukupi yang ada untuk menunjukkan sama ada pengurangan dalam kemasukan ke hospital adalah berkait dengan keterukan eksaserbasi asma, atau sama ada ia memberikan perbezaan terhadap rawatan lain yang diberikan. Bukti mencadangkan bahawa IV MgSO
4
meningkatkan beberapa parameter fungsi paru-paru, tetapi untuk ukuran yang lain seperti kadar denyutan jantung, variasi dalam penemuan kajian mengurangkan keyakinan kami terhadap keputusan. Kami tidak menemui perbezaan antara IV MgSO
4
dan plasebo dalam kebanyakan ukuran yang lain (termasuk masa yang dihabiskan dI ED, kadar pernafasan dan tekanan darah), dan peristiwa buruk secara amnya telah dilaporkan dengan lemah.
Kesimpulan
Ulasan ini telah menunjukkan bahawa IV MgSO
4
mengurangkan kemasukan ke hospital dan meningkatkan fungsi paru-paru di kalangan orang dewasa dengan eksaserbasi asma apabila ubat-ubatan baris pertama yang lain tidak melegakan gejala akut (iaitu oksigen, ubat sedutan tindakan pendek dan steroid IV). Bukti untuk ukuran manfaat dan keselamatan yang lain adalah terhad.
Penyelidik harus mendefinisikan dengan jelas keterukan keadaan asma di kalangan orang dalam kajian mereka sambil merakam peristiwa buruk dengan teliti.
RIngkasan bahasa mudah ini adalah terkini sehingga bulan Februari 2014.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Aishah Ibrahim (University of Warwick).