Rawatan bukan-surgikal tambahan untuk mempercepatkan pergerakan gigi bagi pesakit perggiian yang dirawat dengan pendakap tetap.

Soalan ulasan
Apakah kesan adjung bukan-surgikal terhadap tempoh masa yang diambil untuk gigi bergerak apabila dirawat dengan pendakap tetap, dan tempoh keseluruhan yang diperlukan untuk rawatan ortodontik?.

Latarbelakang
Di seluruh dunia, rawatan ortodontik dibuat untuk membetulkan posisi gigi dalam kalangan remaja dan orang dewasa apabila mereka menghadapi masalah.Pendakap adalah aplians ortodontik yang terdiri dari braket yang dilekatkan kepada gigi dan disambung dengan dawai untuk memberi daya tekanan kepada gigi untuk menggerakkannya dan memperbaiki posisinya. Bergantung kepada permasalahan, tempoh masa rawatan boleh mengambil beberapa bulan hingga beberapa tahun.Namun, kebanyakan rawatan mengambil purata masa sekitar 24 bulan. Mempercepatkan pergerakan gigi boleh mengurangkan jangkamasa yang diperlukan untuk sesuatu tempoh rawatan.Pelbagai kaedah termasuk rawatan surgikal dan bukan-surgikal telah dicadangkan untuk mempercepatkan pergerakan gigi.Ulasan ini menilai bukti berkaitan dengan prosedur bukan-surgikal untuk mempercepatkan pergerakan gigi.

Ciri kajian

Penulis Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane mebuat ulasan terhadap kajian-kajian yang sedia ada.Bukti adalah terkini sehingga 26 November 2014.

Kami memasukkan dua kajian yang melibatkan 111 peserta dalam ulasan ini.Seorang pakar ortodontik di klinik swasta di Australia menjalankan satu kajian dan satu lagi kajian dibuat oleh residen ortodontik di hospital universiti di Amerika Syarikat.Dalam satu kajian, peserta berumur 11 hingga 15 tahun dan dalam kajian kedua peserta berumur purata 21 tahun. Kajian tersebut menilai penggunaan dua peranti tambahan yang menggunakan daya getaran ringan - 'Tooth Masseuse' dalam pesakit yang menerima rawatan aplians tetap konvensional di peringkat penyusunan gigi dan 'OrthoAccel' untuk mereka yang menerima rawatan aplians tetap konvensional di peringkat penutupan ruang. Peserta yang menerima rawatan tambahan dengan peranti dibandingkan dengan mereka yang hanya mendapat rawatan knovensional. Kajian-kajian tersebut menilai pelbagai aspek pergerakan gigi dan kesan sampingan.

Keputusan utama

Kajian-kajian tersebut menilai tiga hasil: kadar pergerakan gigi, persepsi pesakit tentang sakit dan ketidakselesaan, dan kesan sampinga yang tidak diingini.Terdapat perbezaan ketara di antara kedua kajian, ini bermaksud kami tidak dapat menggabungkan keputusan.

Berdasarkan maklumat terhad yang ada, adalah sukar untuk mengesahkan sama ada penggunaan daya getaran semasa rawatan dengan aplians ortodontik tetap mempunyai faedah yang ketara atau kesan mudarat terhadap kadar pergerakan gigi atau tempoh rawatan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine,Taylor's University Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save