Antibiotik untuk kecederaan pada perut yang memecahkan kulit: antibiotik mana yang berkesan, dan berapa lama mereka perlu diambil?

Soalan ulasan

Kami menyemak bukti mengenai penggunaan antibiotik untuk mencegah jangkitan atau kematian pada orang yang menjalani pembedahan untuk kecederaan abdomen yang menusuk.

Latar belakang

Trauma abdomen menusuk (luka tembak atau menusuk ke perut) adalah penyebab utama kemasukan ke hospital dan sering memerlukan pembedahan. Sekiranya seseorang mengalami kecederaan awal, mereka mungkin akan mengalami jangkitan, yang boleh mengakibatkan kematian. Sebelum antibiotik tersedia, kebanyakkan orang yang mengalami kecederaan ini meninggal akibat jangkitan.

Ciri-ciri Kajian

Kami mencari kajian yang melibatkan peserta dari sebarang umur atau jantina, yang menjalani pembedahan kecemasan untuk mengubati trauma perut menusuk. Bukti adalah sehingga 23 Julai 2019. Kami menjumpai 29 kajian yang melibatkan 4458 peserta. Terdapat masalah dengan reka bentuk dan kelakuan semua kajian ini, yang bermaksud bahawa kami tidak pasti tentang hasilnya. Kebanyakan kajian ini dijalankan lebih 20 tahun yang lalu, menggunakan antibiotik yang tidak sering digunakan hari ini. Teknik dan praktik pembedahan juga telah berkembang dengan pesat pada masa ini. Tujuh daripada 29 kajian menerima pembiayaan daripada syarikat-syarikat farmaseutikal, sementara kajian-kajian lain tidak menyatakan sumber dana mereka.

Keputusan utama

Kerana kualiti bukti yang sangat rendah, kita tidak pasti sama ada memberi antibiotik lebih lama selepas kecederaan menusuk mengurangkan kadar jangkitan selepas pembedahan. Kami juga tidak pasti jika satu rawatan antibiotik lebih baik daripada yang lain yang telah diuji dalam kajian.

Kualiti bukti kajian

Kualiti bukti untuk semua hasil adalah sangat rendah, terutamanya disebabkan oleh masalah dengan cara kajian dijalankan. Masalah-masalah ini tidak menggunakan plasebo (ubat-ubatan yang kelihatan sama dengan ubat kajian tetapi tidak mengandungi ramuan aktif), kekurangan "blinding' kedua-dua peserta atau penyiasat atau kaedah yang tidak mencukupi untuk memperuntukkan rawatan secara rawak kepada para peserta. Terdapat juga perbezaan utama dalam kaedah yang digunakan antara kajian. Kualiti kajian yang baru diperlukan untuk menjawab soalan tentang penggunaan antibiotik untuk mengurangkan jangkitan selepas mengalami kecederaan perut menusuk.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information
Share/Save