Vilanterol dan fluticasone furoate untuk rawatan asma kronik dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Soalan ulasan

Kami mempertimbangkan dalam ulasan ini sama ada kombinasi vilanterol (VI) dan fluticasone furoate (FF) adalah lebih baik daripada plasebo dalam kalangan orang yang mengidap asma. Kami juga membandingkan VI dan FF dengan steroid sedutan lain dan ubat-ubat agonis beta2 yang bertindak lama.Kami juga membandingkan VI dan FF dengan steroid sedutan lain dan ubat-ubat agonis beta2 yang bertindak lama.

Latarbelakang

Asma adalah sejenis keradangan paru-paru di mana saluran pernafasan menjadi sempit. Sehingga tahun 2025, dianggarkan 400 juta orang akan mengalami keadaan ini. Asma boleh mempengaruhi kualiti hidup pengidapnya secara serius, dan kombinasi VI dengan FF boleh membantu mengurangkan impak sesak nafas dan simptom-simptom berkaitannya dalam kehidupan seharian penghidapnya.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan 14 kajian melibatkan 6641 peserta di dalam ulasan ini. Tempoh kesemua kajian adalah di antara dua dan 78 minggu. Kesemua peserta kajian telah didiagnos mengalami asma. Kajian melibatkan kedua-dua lelaki dan wanita; dan satu kajian melibatkan kanak-kanak serta orang muda.

Kesemua kajian mengkaji penggunaan VI dan FF berbanding dengan ubat yang lain ataupun plasebo. Di dalam kesemua kajian, kombinasi VI/FF diambil melalui sedutan debu kering.

Keputusan utama

Kami mendapati peserta yang menerima kombinasi terapi FF dan VI mempunyai peningkatan fungsi paru-paru berbanding dengan plasebo, namun tiada bukti yang cukup untuk menyokong kesimpulan lain kerana para penyelidik telah cuba menjawab terlalu banyak persoalan. Tiada cukup bukti sama ada kombinasi terapi VI dan FF satu kali sehari adalah lebih baik atau lebih teruk daripada alternatif dua kali sehari. Lebih banyak kajian diperlukan agar dapat memahami bukti keseluruhan.

Kualiti bukti

Secara keseluruhannya, bukti yang ditunjukkan dalam ulasan ini diambil daripada kajian-kajian yang baik yang berisiko bias rendah tentang penerima jenis rawatan, "blinding" dan bagaimana hasil keputusan peserta yang tidak dapat meneruskan kajian dilaporkan. Namun, oleh kerana keputusan beberapa kajian tidak dapat menggabungkan hasil yang kami perlukan, atau kerana hasil yang jarang ditemui, kami memutuskan kualiti kajian keseluruhan adalah rendah hingga sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Gan Siew Hua. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi shgan@usm.my

Tools
Information
Share/Save