Rawatan Yoga untuk sakit pinggang kronik yang tidak spesifik

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Soalan ulasan

Dapatkah yoga menambah baikkan fungsi berkaitan belakang dan kesakitan di kalangan mereka yang mengalami sakit pinggang kronik yang tidak spesifik?

Latar belakang

Sakit pinggang merupakan masalah kesihatan yang biasa. Bagi sesetengah orang, ia boleh bertahan selama tiga bulan atau lebih dan pada masa ini ia diistilahkan sebagai 'kronik'. Yoga kadang-kadang digunakan sebagai rawatan untuk sakit pinggang bawah.

Tarikh carian

Kami telah mencari pangkalan data perubatan bagi kajian membandingkan yoga kepada sebarang rawatan lain atau tiada rawatan di kalangan orang dewasa (berumur 18 tahun atau lebih besar). Kami juga melibatkan kajian membandingkan menambahkan yoga kepada rawatan lain, dengan rawatan lain semata-mata. Bukti ini adalah terkini sehingga March 2016.

Ciri-ciri kajian

Kami melibatkan 12 kajian dengan 1080 jumlah peserta. Tujuh kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat, tiga kajian telah dijalankan di India, dan dua kajian telah dijalankan di UK. Semua kajian mengukur perubahan dalam fungsi berkaitan belakang atau kesakitan. Beberapa kajian melaporkan pada kualiti hidup atau kemurungan, dan hanya kira-kira separuh daripada kajian berkata mengenai kemudaratan.

Sumber pembiayaan kajian

Tiga kajian tidak melaporkan sumber pembiayaan. Satu kajian melaporkan tidak menerima apa-apa pembiayaan; satu kajian telah dibiayai oleh institusi yoga; dan tujuh kajian telah dibiayai oleh sumber-sumber amal, universiti, atau kerajaan.

Keputusan utama

Tujuh kajian membandingkan yoga kepada bukan senaman, yang tidak melibatkan rawatan, menangguhkan rawatan yoga atau pendidikan (contoh: buku kecil dan kuliah). Tiga kajian membandingkan yoga kepada latihan tumpuan belakang atau program latihan yang serupa. Dua kajian mempunyai tiga kumpulan rawatan dan membandingkan yoga, bukan senaman, dan senaman yang tumpukan belakang. Salah satu kajian yang membandingkan yoga sebagai senaman memberi tumpuan kepada belakang berbanding senaman yoga bercampur bertumpuan belakang kepada yoga bertumpuan senaman belakang sahaja.

Untuk yoga dibandingkan sebagai bukan senaman, terdapat bukti yang kurang pasti bahawa yoga adalah mungkin lebih baik dalam meningkatkan fungsi belakang pada tiga bulan, bukti sederhana pasti bahawa yoga adalah mungkin lebih baik pada enam bulan, dan bukti rendah pasti bahawa yoga mungkin sedikit lebih baik pada 12 bulan. Terdapat bukti sangat-rendah kepada sederhana kepastian untuk peningkatan dalam kesakitan di tiga, enam dan 12 bulan, tetapi kesan secara klinikal tidak penting.

Yoga dibandingkan dengan senaman bertumpukan belakang, terdapat bukti sangat rendah-kepastian bahawa mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara yoga dan senaman bukan yoga dalam meningkatkan fungsi belakang pada tiga dan enam bulan dan tiada maklumat mengenai fungsi belakang pada masa 12 bulan , terdapat bukti yang sangat rendah-kepastian untuk peningkatan dalam kesakitan pada tujuh bulan, dan tidak ada maklumat mengenai kesakitan pada tiga atau 12 bulan. Untuk yoga campur senaman berfokuskan belakang dibandingkan senaman berfokuskan belakang sahaja, terdapat bukti yang sangat rendah-kepastian dari satu kajian (24 peserta) dan tidak pasti sama ada yoga ditambah kepada senaman adalah lebih baik daripada senaman sahaja untuk fungsi belakang atau sakit pada 10 minggu. Fungsi belakang dan kesakiant tidak diukur selepas 10 minggu.

Kemudaratan yang paling biasa dilaporkan dalam kajian adalah peningkatan sakit belakang. Terdapat bukti sederhana kepastian bahawa risiko kemudaratan adalah lebih tinggi pada yoga berbanding bukan senaman, dan rendah-kepastian bahawa risiko kemudaratan adalah sama antara yoga dan senaman tumpukan belakang. Yoga tidak dikaitkan dengan risiko kejadian buruk yang serius.

Terdapat sedikit maklumat mengenai peningkatan klinikal, kualiti hidup dan kemurungan, dan tiada bukti pada kecacatan yang berkaitan dengan kerja.

Kepastian bukti

Peserta dalam semua kajian menyedari sama ada mereka mengamalkan yoga atau tidak, dan ini mungkin telah mempengaruhi laporan mereka dalam fungsi, kesakitan, dan langkah-langkah lain. . Di samping itu, beberapa kajian adalah sangat kecil, terdapat beberapa kajian dalam beberapa perbandingan dan kajian dalam beberapa perbandingan mempunyai keputusan yang tidak konsisten. Oleh itu, kita mengredkan kepastian bukti sebagai 'sederhana', 'rendah', atau 'sangat rendah'.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my