Bersenam berbanding dengan tidak bersenam untuk kejadian, keparahan dan jangka masa bagi jangkitan pernafasan yang akut

Soalan ulasan

Adakah aktivit bersenam boleh mengubah kejadian, keparahan, atau tempoh jangkitan pernafasan akut seperti selesema, influenza, batuk, dan sakit tekak?

Latar belakang

Bersenam telah terbukti boleh meningkatkan tahap kesihatan secara amnya. Kami mengulas bukti untuk mengetahui sama ada senaman juga berkesan dalam mengubah kejadian, tahap parah, atau tempoh masa jangkitan pernafasan akut (selsema dan batuk) yang bertahan kurang daripada sebulan.

Tarikh carian

Kami mencari kajian-kajian sehingga 5 Mac 2020.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan bukti daripada tiga percubaan (473 peserta) untuk makluman baharu ini, dengan sejumlah 14 percubaan yang melibatkan 1377 peserta, berumur 18 hingga 85 tahun. Senaman telah diselia dan ditetapkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dengan 30 hingga 45 minit aktiviti berintensiti sederhana dalam kebanyakan ujian.

Sumber-sumber dana kajian

Tujuh kajian telah dibiayai oleh agensi awam; lima kajian tidak melaporkan sebarang pembiayaan; dan dua kajian telah dibiayai oleh syarikat swasta.

Keputusan utama

Ia tidak jelas sama ada senaman mengubah bilangan jangkitan pernafasan akut bagi seorang untuk mengalaminya setiap tahun; bilangan orang yang mengalami sekurang-kurangnya satu jangkitan pernafasan akut dalam tempoh kajian; atau bilangan hari dengan gejala semasa setiap episod penyakit. Senaman mengurangkan keterukan gejala dan bilangan hari gejala bertahan apabila peserta berdaftar dalam percubaan kajian ini. Kami tidak pasti sama ada senaman mempunyai kesan yang penting ke atas hasil lain, seperti kesan yang diukur oleh ujian makmal (darah dan sampel air liur), kualiti hidup, keberkesanan kos, atau kecederaan yang berkaitan dengan senaman.

Kepastian bukti

Secara keseluruhan, kepastian bukti ini adalah rendah, yang bermaksud bahawa penyelidikan yang lanjut mungkin memberi kesan kepada kesimpulan kami. Terdapat keperluan untuk rekaan kajian yang lebih baik untuk membolehkan pemahaman yang lebih jelas sama ada senaman mengurangkan kejadian, tahap teruk, atau tempoh jangkitan pernafasan akut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faizul Fitri Mat Nazri (RCSI UCD Malaysia Campus, Penang). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information
Share/Save