Memberi melatonin kepada wanita semasa hamil untuk melindungi otak bayi dan meningkatkan hasil jangka panjang untuk bayi

Apakah isunya?

Apabila otak bayi berkembang semasa kehamilan, ia mudah terdedah kepada kerosakan. Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko kecederaan kepada otak yang sedang berkembang daripada kedua-dua pramatang (sebelum 37 minggu kehamilan) dan matang (selepas 37 minggu kehamilan) bayi. Kecederaan ini boleh menyebabkan kematian bayi, atau jika bayi itu bertahan, kepada masalah kesihatan sepanjang hayat, seperti gangguan pendengaran, penglihatan dan pertuturan; sawan; kecacatan intelektual; dan gangguan motor, termasuk kecacatan cerebral, yang merupakan kecacatan fizikal yang paling biasa pada zaman kanak-kanak. Dilahirkan pramatang, umur kecil untuk gestasi usia, atau berat badan rendah; kecacatan plasenta ibu (organ yang menghubungkan janin ke dinding rahim); jangkitan rahim; dan asfiksia kelahiran, yang disebabkan oleh kekurangan oksigen kepada bayi yang cukup lama untuk menyebabkan kemudaratan, boleh meningkatkan risiko kecederaan otak dan kecacatan cerebral dengan gangguan atau kecacatan yang berkaitan.

Melatonin adalah hormon kecil yang biasanya dibuat oleh kelenjar pineal (satu kelenjar kecil di otak) pada waktu malam. Ia membantu mengawal kitaran tidur, adalah satu antioksidan (yang melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas), dan berinteraksi dengan sistem imun (struktur dan proses dalam badan yang melindungi daripada penyakit).

Mengapakah ini penting?

Ia adalah mungkin bahawa melatonin, diberikan kepada seorang ibu semasa kehamilan, dapat membantu melindungi otak anaknya. Kajian haiwan, termasuk tikus dan kambing, telah mencadangkan melatonin dapat melindungi otak bayi manusia yang berkembang dari kecederaan ketika diberikan kepada ibu sewaktu kehamilan.

Apakah bukit yang penyelidik perolehi?

Penyelidik tidak menemui sebarang kajian rawak terkawal yang menilai melatonin yang diberikan kepada ibu semasa kehamilan untuk membantu melindungi otak bayi. Satu kajian yang sedang dijalankan (merancang untuk memasukkan 60 wanita) telah dikenalpasti. Kajian ini direka untuk menentukan apa dos melatonin yang dapat mengurangkan kecederaan otak untuk bayi apabila diberikan kepada ibu mereka sebelum kelahiran yang sangat pramatang (sebelum 28 minggu kehamilan).

Apakah maksudnya?

Kajian selanjutnya adalah diperlukan untuk menentukan sama ada melatonin diberikan kepada ibu semasa hamil boleh melindungi otak bayi terhadap kecederaan otak. Bayi dalam kajian ini perlu diikuti dalam tempoh yang panjang supaya penyelidik boleh memantau kesan melatonin pada perkembangan kanak-kanak, termasuk gangguan atau ketidakupayaan seperti cerebral palsy.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information