Ubatan urikosurik untuk gout kronik

Latar belakang: apakah gout kronik dan apakah ubatan urikosurik?

Gout kronik ialah keradangan sendi yang disebabkan akibat daripada paras asid urik dalam darah yang tinggi seterusnya menyebabkan pembentukan kristal di dalam sendi-sendi dan serangan gout akut yang berulangan. Rawatan gout kronik boleh mengurangkan kemungkinan terjadinya gout akut.

Ubatan urikosurik mengurangkan paras darah asid urik dengan meningkatkan jumlah asid urik yang disingkirkan melalui buah pinggang.

Ciri-ciri kajian

Ringkasan ulasan Cochrane ini membentangkan apa yang kami tahu dari kajian tentang keberkesanan ubatan urikosurik untuk merawat gout kronik. Selepas mencari semua kajian relevan sehingga May 2013, kami menjumpai lima kajian. Kebanyakan peserta dalam kajian tersebut adalah lelaki (81% sehingga 100%), berumur di antara 50 dan 70 tahun dan tidak mempunyai penyakit buah pinggang atau hati yang signifikan. Dua kajian membandingkan benzbromarone dengan allopurinol, dua kajian membandingkan benzbromarone dengan probenecid dan satu kajian membandingkan allopurinol dengan probenecid. Kami menjumpai tiada kajian yang membandingkan ubatan urikosurik dengan plasebo, atau dengan terapi baru menurunkan urate seperti febuxostat atau pegloticase. Kami mengehadkan laporan hasil di sini kepada benzbromarone berbanding dengan allopurinol, kerana allopurinol adalah rawatan pertama yang biasa digunakan dalam rawatan gout.

Keputusan utama - Apakah yang berlaku kepada pesakit dengan gout kronik yang mengambil ubatan urikosurik

Benzbromarone berbanding dengan allopurinol:

Serangan gout akut:

- 4 pesakit lebih kurang daripada 100 mengalami serangan gout akut selepas empat bulan rawatan dengan allopurinol berbanding dengan benzbromarone.

- 4 pesakit daripada 100 dengan benzbromarone mengalami serangan gout akut.

- 0 pesakit daripada 100 dengan allopurinol mengalami serangan gout akut.

Perkadaran yang mencapai urate serum normal:

- Tambahan 17 pesakit daripada 100 mencapai tahap serum urate normal selepas berbulan mengambil benzbromarone berbanding dengan allopurinol.

- 76 pesakit daripada 100 dengan benzbromarone mencapai tahap urate serum normal selepas empat bulan.

- 60 pesakit daripada 100 dengan allopurinol mencapai tahap urate serum normal selepas empat bulan.

Penarikan diri oleh peserta disebabkan kesan-kesan sampingan:

- Lebih 1 pesakit daripada 100 berhenti mengambi benzbromarone disebabkan oleh kesan-kesan sampingan berbanding dengan allopurinol.

- 8 pesakit daripada 100 berhenti mengambil benzbromarone akibat kesan-kesan sampingan.

- 6 pesakit daripada 100 berhenti mengambil allopurinol akibat kesan-kesan sampingan.

Kajian-kajian tersebut tidak melaporkan sakit, fungsi dan regresi tophus.

Kualiti bukti

Bukti berkualiti rendah menunjukkan bahawa tiada perbezaan penting wujud dari segi serangan gout akut, atau dalam bilangan peserta yang terpaksa berhenti mengambil ubat akibat kesan sampingan di antara benzbromarone dan allopurinol. Bukti berkualiti sederhana daripada dua kajian menunjukkan bahawa kedua-dua ubatan mengurangkan paras asid urik kepada paras yang sama. Benzbromarone adalah tidak lebih cenderung daripada probenecid dalam menyebabkan serangan gout akut, tetapi boleh menyebabkan kepada lebih kurang penarikan disebabkan oleh kesan-kesan sampingan (bukti berkualiti rendah), dan adalah berkemungkinan besar untuk mengurangkan tahap asid urik kepada tahap normal (bukti berkualiti sederhana). Kajian-kajian tersebut tidak mengukur kesakitan, fungsi dan regresi tophus.

Bukti berkualiti rendah daripada satu kajian menunjukkan bahawa probenecid adalah tidak lebih cenderung dalam menyebabkan serangan gout akut daripada allopurinol. Penyelidikan lanjutan adalah lebih berkemungkinan untuk membawa impak kepada anggaran tersebut. Kajian ini tidak mengukur perkadaran pesakit yang mencapai tahap urate serum normal, pengurangan kesakitan, fungsi, regresi tophus atau bilangan pesakit yang berhenti mengambil ubatan akibat kesan-kesan sampingan.

Kajian lanjut mungkin dapat memainkan peranan yang penting dalam peningkatan keyakinan terhadap penganggaran kesan dan perubahan penganggaran.

Kami menjumpai tiada kajian yang mengkaji sulphinpyrazone dalam rawatan gout kronik. Kami tidak mempunyai maklumat mengenai kesan ubatan urikosurik di dalam kumpulan pesakit tertentu seperti pesakit dengan fungsi buah pinggang yang terjejas atau dengan tahap berbeza asid urik. Kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan oleh ubatan urikosurik termasuk ruam, ketidakselesaan perut, muka terendam, pening, sakit kepada atau serangan gout akut. Komplikasi jarang boleh termasuk kegagalan hati, batu buah pinggang, anemia atau reaksi alergik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Chan MW (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com

Tools
Information