Langkau ke kandungan utama

Perubatan herba Cina untuk merawat jangkitan saluran kencing berulang dalam kalangan wanita

Jangkitan saluran kencing berulang (UTI) adalah masalah lazim yang boleh memberi impak negatif terhadap kesejahteraan dan kos penjagaan kesihatan. Walaupun antibiotik pencegahan dapat membantu mengurangkan bilangan jangkitan berulang, terdapat kebimbangan yang meningkat tentang rintangan antibiotik, kesan sampingan dan kurangnya manfaat jangka panjang dari rawatan. Oleh itu, rawatan alternatif seperti perubatan herba Cina (CHM) sedang dipertimbangkan.

Kami menilai bukti keberkesanan dan keselamatan CHM untuk merawat UTI yang berulang dalam kalangan wanita. Carian kami sehingga Mei 2015 untuk kesusasteraan Barat dan sehingga Julai 2014 untuk kesusasteraan Cina membawa kepada kemasukan tujuh kajian yang memenuhi kriteria pemilihan bagi ulasan ini. Ini melibatkan sejumlah 542 wanita.

Kajian-kajian menunjukkan CHM digunakan sama ada secara tunggal atau dengan rawatan antibiotik mungkin lebih berkesan daripada antibiotik sahaja untuk melegakan UTI akut dan mencegah episod berulang. Terdapat hanya dua kajian yang menyatakan secara jelas bahawa peristiwa buruk dilaporkan; tiada yang melaporkan sebarang peristiwa buruk.

Namun, kajian-kajian adalah kecil dan dinilai sebagai metodologi berkualiti rendah; dan kebanyakan peserta kajian adalah selepas menopaus. Oleh itu, keputusan harus ditafsirkan dengan berhati-hati dan hanya boleh dianggap sebagai penemuan awal yang mungkin tidak relevan dengan wanita pra-menopaus. Kajian lanjutan diperlukan untuk memberi bukti yang lebih kukuh sebelum CHM boleh disyorkan secara rutin sebagai rawatan pilihan untuk UTI berulang.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Flower A, Wang L-Q, Lewith G, Liu JP, Li Q. Chinese herbal medicine for treating recurrent urinary tract infections in women. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 6. Art. No.: CD010446. DOI: 10.1002/14651858.CD010446.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan