Pendekatan pembedahan yang berbeza untuk mengakses aorta abdomen infrarenal semasa operasi untuk memperbaiki aneurisma aorta abdomen

Latar belakang

Terdapat banyak perdebatan dalam literatur pembedahan mengenai cara terbaik untuk mengakses pembedahan aorta abdomen infrarenal semasa operasi untuk memperbaiki aneurisma aorta abdomen (AAA: pembengkakan arteri (saluran darah) yang berlaku di arteri utama di abdomen (aorta)). Dua pendekatan yang biasa digunakan: pendekatan retroperitoneal (RP) dan pendekatan transperitoneal (TP). Kedua-dua pendekatan tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan. Banyak percubaan yand membandingkan pembedahan aorta RP dan TP teah diterbitkan, dengan hasil yand bertentangan. Tujuan Cochrane Review ini adalah untuk menilai keberkesanan dan keselamatan pendekatan RP berbanding TP untuk pembaikan AAA terbuka pembedahan yang dirancang, dengan mengambil kira kematian, komplikasi, penginapan di hospital dan kehilangan darah. Ini adalah kemaskini ulasan asal yang diterbitkan pada tahun 2016.

Hasil-hasil utama kajian

Kami tidak menemui kajian baru dari carian yang dikemas kini. Selepas penilaian semula, kami memasukkan satu kajian yang sebelumnya telah dikecualikan. Oleh itu, kajian ini merangkumi lima percubaan terkawal rawak kecil (RCT), termasuk 152 peserta. Bukti dalam Ulasan Cochrane ini adalah terkini sehingga 30 November 2020. Terdapat tiada perbezaan antara RP dan TP untuk hasil kematian. Begitu juga, terdapat tiada bukti yang jelas bahawa RP dapat meningkatkan komplikasi seperti hematoma (pembengkakan darah beku), sakit luka kronik dan hernia dinding perut dibandingkan dengan TP, namun terdapat variasi antara percubaan yang disertakan. Kami mendapati bahawa RP mungkin mengakibatkan tinggal di hospital dan unit rawatan rapi (ICU) lebih pendek dan kehilangan darah lebih sedikit berbanding dengan TP. Tidak ada perbezaan yang jelas antara kedua pendekatan untuk waktu operasi dan waktu cross-clamp aorta (jangka masa yang digunakan alat bedah, yang digunakan untuk menjepit aorta dan memisahkan peredaran dari aliran keluar jantung).

Kualiti bukti kajian

Empat dari lima percubaan yang disertakan mempunyai kelemahan metodologi - seperti kaedah pengacakan yang tidak jelas, dan tidak melaporkan proses membutakan orang yang menilai hasilnya - yang membahayakan nilai hasilnya. Di samping itu, percubaan yang disertakan hanya menyertai sebilangan kecil orang, beberapa hasil dilaporkan, peserta ditindaklanjuti untuk waktu yang relatif singkat, dan terdapat percanggahan antara percubaan yang disertakan, yang menghasilkan bukti kepastian yang sangat rendah hingga rendah. Lebih banyak RCT skala besar pendekatan RP berbanding dengan pendekatan TP untuk pembaikan AAA pembedahan terbuka yang dirancang diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Melissa Mae Gabriel (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information