Ventilasi tekanan positif yang tidak invasif sebagai pencegahan komplikasi selepas reseksi pulmonari untuk pesakit kanser paru-paru

Soalan ulasan: Adakah penggunaan pengudaraan tekanan positif yang tidak invasif (NIPPV) selamat dan berkesan untuk mencegah komplikasi dalam tempoh selepas operasi pada pesakit yang menjalani reseksi pulmonari untuk kanser paru-paru?

Latar belakang: Kematian selepas pembedahan reseksi untuk kanser paru-paru biasanya disebabkan oleh komplikasi, terutamanya komplikasi paru-paru, pada minggu pertama atau minggu-minggu yang seterusnya. Sesetengah pakar mencadangkan penggunaan NIPPV, satu teknik yang membekalkan gas bertekanan kepada saluran udara, mengembungkan paru-paru melalui topeng tanpa menggunakan apa-apa tiub yang dimasukkan ke dalam lubang hidung atau saluran udara utama.

Tarikh carian Carian terakhir telah dikemas kini pada 21 Disember 2018.

Ciri-ciri kajian: Kami mendapati tujuh kajian klinikal rawak dan satu kajian kuasi rawak yang sesuai untuk ulasan ini, yang melibatkan sejumlah 486 pesakit.

Keputusan utama Apabila kami meletakkan semua keputusan bersama-sama, kita tidak dapat menunjukkan bahawa penggunaan NIPPV adalah lebih baik daripada tidak menggunakannya dalam mencegah komplikasi seperti kematian, masalah pernafasan, keperluan untuk tiub pernafasan tambahan atau tempoh tinggal di unit rawatan intensif atau di hospital. Walau bagaimanapun, kami berpendapat bahawa kajian-kajian tersebut mempunyai masalah dengan kaedah kajian mereka dan kualiti bukti adalah 'sangat rendah' atau 'sederhana'.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Klinik Kesihatan Nanga Wak). Disunting oleh Chan Mei Wai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information