Terapi perubatan untuk merawat pendarahan haid yang banyak dalam kalangan wanita yang mengalami gangguan pendarahan

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti mengenai kesan dan keselamatan rawatan bukan pembedahan berbanding satu sama lain, plasebo atau tiada rawatan untuk mengurangkan kehilangan darah haid di kalangan wanita yang mengalami gangguan pendarahan. Ini adalah kemaskini bagi Ulasan Cochrane terbitan terdahulu.

Latarbelakang

Pendarahan haid yang banyak adalah salah satu daripada simptom yang paling lazim dalam kalangan wanita yang mengalami gangguan pendarahan. Sebahagian populasi wanita yang agak besar dengan pendarahan haid berat terjejas oleh sama ada dari keturunan atau gangguan pendarahan yang diperolehi, dan pada masa penampilan ke klinik, wanita-wanita ini adalah jauh lebih muda daripada wanita yang mengalami perdarahan atas sebab-sebab lain. Oleh kerana pendarahan haid yang berat bermula pada masa kali pertama datang haid dan berterusan sepanjang hayat reproduktif, kualiti hidup wanita-wanita ini akan terjejas teruk dan mereka berisiko tinggi untuk mendapat anemia kekurangan zat besi.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 25 April 2016

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini melibatkan tiga kajian mengenai rawatan bukan pembedahan pada 175 wanita yang mengalami gangguan pendarahan dan perdarahan haid yang berat. . Dua kajian membandingkan desmopressin dengan plasebo dan satu kajian membandingkan desmopressin dengan asid tranexamic. Wanita yang terlibat dalam kajian telah dipilih untuk satu rawatan atau yang lain secara rawak. Kajian melangsung selama dua hingga empat bulan.

Keputusan utama

Dua kajian daripada tiga kajian (dengan sejumlah 59 wanita) tidak mendapati bukti jelas terhadap perbezaan dengan desmopressin (1-deamino-8-D-arginina vasopressin) dalam mengurangkan kehilangan darah haid jika dibandingkan dengan plasebo. Salah satu kajian ini diteruskan dengan perbandingan terbuka bukan rawak daripada gabungan desmopressin dengan asid Tranexamic berbanding plasebo dan mendapati pengurangan ketara dalam kehilangan darah haid. Walau bagaimanapun, perbandingan reka bentuk bukan rawak ini adalah sumber potensi tambahan berat sebelah.

Kajian ketiga (116 wanita), yang mempunyai lebih peserta daripada dua kajian yang lain digabungkan, mendapati pengurangan yang lebih besar dalam kehilangan darah haid dengan penggunaan asid Tranexamic daripada desmopressin. Kami tidak dapat menunjukkan apa-apa data pada kualiti hidup daripada kajian ini, kerana tidak ada perbezaan dilaporkan di antara intervensi kedua-dua kumpulan. Tidak ada bukti jelas mengenai perbezaan dalam risiko kesan sampingan dengan desmopressin berbanding terhadap asid Tranexamic. Tiada kajian menguruskan keberkesanan kos.

Kualiti bukti

Kami tidak dapat menilai dengan secukupnya kajian yang berhubung dengan bagaimana wanita telah diperuntukkan kepada kumpulan rawatan dan kami menilai kualiti bukti sebagai tidak memuaskan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd,JB). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save