Rawatan antikoagulasi untuk embolisasi paru-paru subsegmen

Latar belakang

Embolisasi paru-paru (PE) akut adalah punca biasa yang menyebabkan kematian, merangkumi 50,000 hingga 200,000 kematian setiap tahun. Ia adalah punca kematian ketiga paling besar dalam kalangan penyakit kardiovaskular, selepas penyakit saluran darah koronari dan strok. Kemajuan dalam pengesan-pelbagai angiografi paru-paru tomografi berkomputer (CTPA) membolehkan ujian PE berkenaan visualisasi saluran arteri bahagian hujung, jesteru meningkatkan kadar diagnosanya. Lebih banyak kes PE hujung seperti PE subsegmen terasing (SSPE) dan PE kebetulan, telah dapat dikenalpasti. Kedua-dua keadaan ini biasanya dijumpai dalam pesakit yang mempunyai sedikit atau tiada langsung tanda-tanda klasik seperti batuk (termasuk batuk berdarah), sakit dada atau bahagian belakang atas, sesak nafas yang akut, atau kegagalan spesifik atau umum pada aliran darah yang berpunca dari jantung atau bahagian hujung. Walau bagaimanapun, dalam pesakit yang mempunyai kegagalan jantung dan paru-paru, simptom klasik PE boleh dijumpai dalam SSPE terasing. SSPE kebetulan dijumpai secara kasual dalam pesakit-pesakit yang tidak mempunyai simptom, biasanya melalui imbasan diagnosa yang dijalankan untuk tujuan-tujuan lain (contohnya tomografi berkomputer (CT) rutin untuk pengkelasan kanser dalam pesakit onkologi). Pesakit yang mempunyai SSPE terasing atau kebetulan mungkin mempunyai tanda klinikal yang tidak teruk berbanding dengan PE pangkal. Walau bagaimanapun, signifikasi klinikal dan prognosis pesakit ini perlu dikaji untuk menilai samada terapi antikoagulasi diperlukan.

Soalan ulasan

Apakah keberkesanan dan keselamatan rawatan antikoagulasi berbanding tiada intervensi dalam pesakit dengan embolisasi paru-paru subsegmen (SSPE) atau SSPE kebetulan?

Ciri-ciri kajian

Kami tidak menjumpai sebarang kajian yang memenuhi kriteria kemasukan.

Keputusan utama

Tidak terdapat bukti daripada kajian rawak terkawal (sehingga 26 Disember 2019) berkenaan keberkesanan dan keselamatan rawatan antikoagulasi berbanding kawalan terhadap pesakit yang mempunyai SSPE subsegmen terasing atau SSPE kebetulan. Kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan. Kajian yang dijalankan dengan baik diperlukan sebelum keputusan amalan yang lebih terbukti dapat dibuat.

Kualiti bukti

Ulasan kualiti kaedah adalah mustahil dalam ketiadaan kajian-kajian yang bersesuaian untuk dilibatkan dalam ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzamani (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save