Suplemen zink untuk meningkatkan kesihatan dan ketahanan bayi yang berusia kurang daripada enam bulan

Soalan ulasan: Adakah suplemen zink mengurangkan mortaliti, morbiditi dan meningkatkan tumbesaran dalam kalangan bayi berusia kurang daripada enam bulan?

Latar belakang : kekurangan zink adalah berleluasa di seluruh dunia. Tahap zink yang mencukupi dikaitkan dengan pengurangan kadar kematian, penyakit dan menggalakkan tumbesaran di dalam semua populasi terutamanya di negara-negara yang membangun. Suplemen zink di dalam kanak-kanak yang lebih tua telah menunjukkan beberapa kesan positif.

Ciri-ciri kajian: kami mencari kajian pada Januari 2020 yang telah mendaftarkan bayi yang sihat berumur kurang daripada enam bulan dan diberikan sekurang-kurangnya enam bulan suplemen zink. Kami memasukkan lapan kajian yang melibatkan suplemen zink yang dibandingkan dengan plasebo, zink dan riboflavin dibandingkan dengan riboflavin sahaja, zink, riboflavin dan vitamin B kompleks dibandingkan dengan riboflavin dan vitamin B kompleks.

Keputusan utama dan kepastian bukti: zink tidak mempunyai kesan ke atas pengurangan kematian atau penyakit di kanak-kanak yang lebih muda dari 12 bulan. Bukti yang sederhana-sehingga-tepat daripada tiga kajian mencadangkan peningkatan berat-untuk-usia Z-skor dan berat-untuk-panjang Z-skor selepas diberikan suplemen zink untuk enam bulan berbanding dengan plasebo sahaja. Hanya satu kajian yang boleh dianalisa untuk suplemen zink dan riboflavin yang dibandingkan dengan riboflavin sahaja dan keputusan menunjukkan pengurangan pembaziran selepas 24 bulan pemberian suplemen dan meningkatkan perencatan selepas 21 bulan.

Kesimpulan : dengan bukti ini, kami tidak mencadangkan doktor klinikal untuk menetapkan pemberian suplemen zink kepada kanak-kanak di bawah umur enam bulan. Kami juga menggalakkan perkembangan percubaan yang menyediakan zink serta mikronutrien yang lain dalam kumpulan umur ini dan untuk percubaan ujian tersebut untuk menilai hasil seperti kematian, penyakit, kesan sampingan dan tumbesaran.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faizul Fitri Mat Nazri (RCSI UCD Malaysia Campus, Penang). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information