Tekanan dada yang berterusan berbanding tekanan dada yang terhenti bagi resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk serangan jantung bukan asfiksia di luar hospital (OHCA)

Latar belakang

Serangan jantung adalah apabila jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Ia adalah punca utama kematian di serata dunia. Sebilangan besar serangan jantung berlaku di luar hospital. CPR konvensional adalah termasuk tekanan dada dan bantuan penafasan secara mulut ke mulut. Ini dikenali sebagai tekanan dada terhenti, mampatan yang diselang dengan berhenti seketika dalam nisbah tetap untuk bantuan penafasan (cth, 2 nafas: 30 tekanan).

Bantuan penafasan boleh diberikan dari mulut ke mulut atau mengunakan alatan ventilasi yang digunakan oleh perkhidmatan ambulan. Beberapa kajian mencadangkan bahawa penggunaan tekanan dada secara berterusan adalah kritikal untuk kelangsungan hidup individu dan tekanan dada secara terhenti boleh meningkatkan risiko kematian. CPR tekanan dada secara berterusan boleh dilakukan sama ada dengan bantuan penafasan ataupun tidak. Teorinya adalah tekanan dada adalah menyerupai tindakan jantung yang mengepam darah ke seluruh badan dan memberikan oksigen serta nutrien kepada organ yang penting seperti otak. Cubaan untuk memberikan bantuan penafasan mulut ke mulut bermaksud menghentikan mampatan dada dan ini boleh melemahkan perihal pengepaman darah.

Kami membandingkan kesan antara dua rawatan tersebut apabila ianya dilakukan oleh individu yang berada di tempat kejadian berkaitan OHCA tidak asfiksik dan oleh krew ambulan yang tiba kemudian. (Serangan jantung bukan asfiksik tidak disebabkan oleh lemas atau tercekik.)

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga Februari 2017.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan empat kajian; tiga membandingkan dua pendekatan bantuan penafasan berkenaan yang diberikan oleh individu tidak terlatih yang berada di tempat kejadian dengan arahan melalui telefon. Satu kajian membanding dua pendekatan berkenaan yang diberikan oleh kakitangan EMS.

Ketiga-tiga kajian ini, membandingkan pendekatan yang diberikan oleh individu tidak terlatih yang berada di tempat kejadian, (3737 peserta) semuanya dijalankan di kawasan bandar dan sebilangan menyertakan OHCA dari kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Kesemua individu yang berada di tempat kejadian adalah tidak terlatih dan diberi arahan telefon melalui perkhidmatan kecemasan.

Kajian keempat membandingkan pendekatan yang diberikan oleh golongan EMS profesional (23,711 peserta); ianya telah dijalankan di kawasan bandar dan hanya menyertakan OHCA dari kalangan orang dewasa.

Keputusan utama

Apabila CPR dilakukan oleh individu yang berada di tempat kejadian, kami mendapati bahawa lebih ramai orang terselamat sehingga discaj dari hospital selepas hanya tekanan dada sahaja bebanding dengan mereka yang melakukan tekanan dada terhenti pada nisbah hentian tetap untuk pernafasan menyelamat (15 mampatan kepada 2 nafas) (14% berbanding 11.6%). Untuk dapatan kelangsungan hidup kepada kadar kemasukan hospital dan hasil neurologi, kami tidak mempunyai data yang mencukupi bagi memastikan strategi yang mana adalah lebih baik. Tiada data boleh didapati untuk kesan buruk, kualiti hidup atau kelangsungan hidup untuk jangka satu tahun.

Apabila CPR dilakukan oleh ahli profesional EMS, kami mendapati bahawa survival sehingga discaj hospital adalah sedikit lebih rendah dengan tekanan dada yang berterusan (100/minit) ditambah bantuan pernafasan asinkroni (10/minit) CPR berbanding dengan tekanan dada terhenti ditambah bantuan pernafasan. Sekitar 9.7% orang hidup apabila mereka menerima tekanan dada terhenti serta bantuan penafasan berbanding dengan 9% orang yang menerima tekanan dada yang berterusan ditambah bantuan penafasan secara asinkroni.

Bilangan dari orang yang terselamat sehingga kepada kemasukan hospital adalah sedikit tinggi dikalangan mereka yang dirawat dengan tekanan dada secara terhenti beserta bantuan penafasan berbanding dengan tekanan dada berterusan ditambah bantuan penafasan secara asinkroni (25.9% berbanding 24.6%). Terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam hasil neurologi. Kadar orang yang mengalami kesan buruk berkemungkinan adalah serupa dengan 55.4% orang yang dirawat dengan tekanan dada secara terhenti dan bantuan penafasan mengalami sesuatu kesan buruk berbanding dengan 54.4% yang dirawat dengan tekanan dada secara berterusan bantuan penafasan secara asinkroni.

Kualiti bukti

Bagi CPR yang dilakukan oleh individu yang berada di tempat kejadian, kualiti bukti adalah tinggi bagi dapatan kelangsungan hidup kepada discaj keluar dari hospital. Bagi kelangsungan hidup ke kemasukan hospital, satu kajian menyatakan keputusan dan bukti berkualiti sederhana kerana bilangan orang yang rendah di mana data berkenaan didapati. Ini juga kes yang terjadi bagi hasil dapatan neurologi.

Dalam satu kajian CPR yang diberi oleh EMS profesional, kualiti bukti adalah sederhana untuk dapatan kelangsungan hidup sehingga ke discaj hospital kerana keputusan tidak mengecualikan sedikit atau tiada perbezaan antara dua jenis pendekatan ini, dan ini juga adalah kes bagi kesan buruk. Bagi kelangsungan hidup ke kemasukan hospital, terdapat bukti yang berkualiti tinggi.

Kelemahan utama bagi bukti semasa adalah hanya beberapa percubaan telah dijalankan, dan untuk beberapa dapatan, penjanaan data adalah tidak mencukupi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save