Tiga kajian rawak terkawal (RCT) dengan jumlah keseluruhan 246 perserta telah dijalankan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan sulthiame sebagai monoterapi untuk epilepsi. Dua kajian telah dijalankan pada epilepsi kanak kanak yang tidak berbahaya (benign epilepsy of childhood) dengan lonjakan sentrotemporal (centrotemporal spikes), dan satu kajian telah dilakukan pada sawan tonik-klonik menyeluruh (generalised tonic-clonic seizures). Kualiti bukti terhad oleh saiz sampel yang kecil, risiko bias yang ketara dan ketiadaan data mengenai ukuran hasil yang penting dan, dalam satu kajian, kekurangan terjemahan bahasa Inggeris daripada manuskrip teks penuh. Hasilnya, ulasan ini tidak dapat membuat kesimpulan yang bermakna mengenai keberkesanan atau keselamatan sulthiame sebagai monoterapi dalam epilepsi. Pencarian kami (yang dilakukan pada bulan Oktober 2013) mendedahkan bahawa dua kajian yang masih berterusan mengenai penggunaan sulthiame sebagai monoterapi dalam epilepsi kanak kanak yang tidak berbahaya (benign epilepsy of childhood) dengan lonjakan sentrotemporal (centrotemporal spikes), yang mepunyai hasil kajian yang berkemungkinan dapat memudahkan analisis yang lebih bermakna dalam kemas-kini ulasan ini pada masa depan.
Diterjemahkan oleh Joo Howe Ong. Disunting oleh Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my