Berapakah tepatnya computed tomografi untuk diagnosis apendiks akut orang dewasa?

Mengapakah peningkatan diagnosis apendisitis amat penting?
Tujuan penggunaan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk pesakit yang disyaki mengalami apendiks adalah supaya doctor yang merawat boleh membezakan antara pesakit yang perlu pembedahan appendiks (reseksi apendiks) dan pesakit yang tidak perlu prosedur ini.

Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan kajian Cochrane ini adalah untuk mengetahui betapa tepat CT perut dan pelvis untuk mendiagnosis apendiks orang dewasa. Penyelidik di Cochrane merangkumkan 64 kajian dalam ulasan ini untuk menjawab soalan ini.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?
Imbasan tomografi berkomputer boleh dijalankan dengan beberapa cara. Kualiti imej boleh diperbaiki dengan menggunakan bahan kontras intravena, dan visualisasi apendiks boleh menjadi lebih baik dengan pengunaan bahan kontras secara oral atau melalui rektum. CT juga boleh dilakukan dengan radiasi dos yang rendah. Pendedahan radiasi yang berkaitan dengan CT boleh meningkatkan risiko kanser sepanjang hayat. Ulasan Cochrane ini mengkaji ketepatan jenis CT berikut: pelbagai jenis CT, CT berkaitan dengan jenis bahan kontras, dan dos-rendah CT.

Apakah keputusan utama ulasan ini?
Ulasan ini merangkumi 64 kajian yang melaporkan keputusan untuk 71 populasi pengajian yang berasingan yang melibatkan 10,280 peserta. Keputusan keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa secara teori, jika CT pelbagai jenis digunakan di jabatan kecemasan dalam sekumpulan 1000 orang, di mana 43% mengalami apendiks, maka:
• dianggarkan 443 pesakit akan dikesan mengalami apendiks dengan penggunaan CT, dimana 8% pesakit ini tidak akan mengalami apendiks akut; dan
• daripada 557 pesakit yang menunjukkan keputusan CT dimana apendiks tidak dikesan, 4% sebenarnya akan mempunyai apendiks akut.

Dos-rendah CT adalah setepat dos-standard CT untuk diagnosis apendiks. Pengunaan CT melalui intravena, rektum, atau oral dan bahan kontras intravena merupakan sama sekali tepat, dan lebih tepat daripada CT tanpa pengunaan bahan kontras.

Sejauh manakah ketepatan keputusan daripada kajian-kajian dalam ulasan ini?
Di antara kajian yang dirangkumkan, diagnosis terakhir apendiks adalah berdasarkan keputusan pembedahan atau pemeriksaan mikroskopik pembelahan apendiks. Di antara peserta yang tidak dibedah, apendiks telah dikecualikan melalui susulan pesakit dimana simptom mereka hilang tanpa pembedahan appendicectomy. Ini mungkin kaedah yang boleh dipercayai untuk memutuskan sama ada pesakit memang mempunyai apendiks melalui susulan pesakit secara berhati-hati dan lengkap. Malangnya, ini tidak sedemikian dalam sebahagian besar kajian ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah dengan cara kajian ini telah dijalankan. Ini mungkin menyebabkan CT dianggar lebih tepat daripada realiti dan dengan itu meningkatkan jumlah keputusan CT yang betul (segi empat tepat berwarna hijau) dalam gambarajah.

Siapa yang boleh menggunakan keputusan ulasan ini?
Kajian dalam ulasan ini telah dijalankan terutamanya di jabatan kecemasan. Apendiks telah disyaki dalam semua peserta berikutan pemeriksaan klinikal dan ujian darah. Kajian dalam ulasan ini telah menilaikan pelbagai jenis CT. Umur purata peserta adalah antara 25 hingga 46 tahun merentasi kajian, dan peratusan wanita adalah berbeza, antara 26% dan 100%. Peratus peserta kajian yang mengalami apendiks berbeza, antara 13% dan 92% merentasi kajian (purata, 43%).

Apakah implikasi ulasan ini?
CT adalah ujian yang tepat untuk membantu doktor merawat pesakit yang mungkin mengalami apendiks. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa peluang seseorang doktor salah mendiagnosis apendiks akut adalah rendah (8% di antara mereka yang mempunyai keputusan CT yang mencadangkan mereka mengalami apendiks). Peluang hilang diagnosis apendiks juga rendah (4% di antara mereka yang mana keputusan CT mencadangkan mereka tidak mempunyai apendiks).

Adakah ulasan ini terkini?

Pengarang ulasan ini telah membuat pencarian dan menggunakan kajian yang diterbit sehingga 16 Jun 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi gwaldie@outlook.com.

Tools
Information
Share/Save