Keberkesanan air mata tiruan di kaunter (OTC) untuk sindrom mata kering

Soalan kajian

Apakah kesan air mata tiruan di kaunter (OTC) untuk sindrom mata kering?

Latarbelakang
Sindrom mata kering adalah keadaan jangka panjang yang diketahui menyebabkan ketidakselesaan mata dan gangguan penglihatan seperti penglihatan kabur. Keadaan ini menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia, dan rawatan utama untuk mata kering biasanya adalah air mata tiruan di kaunter (OTC) Air mata tiruan di kaunter adalah bertujuan untuk menggantikan atau menambah air mata (cecair) yang secara semula jadi meliputi permukaan bahagian depan mata (kornea dan konjunktiva). Terdapat sejumlah besar air mata tiruan yang boleh didapati secara komersial, namun tiada persetujuan terkini untuk menentukan sama ada formulasi tertentu adalah lebih baik lebih baik dari yang lain untuk merawat mata kering. Kajian kami bertujuan merapatkan jurang pengetahuan ini.

Ciri-ciri kajian
Ulasan ini termasuk 43 kajian terkawal rawak (3497 orang dengan mata kering) yang membanding air mata tiruan di kaunter dengan air mata tiruan lain di kaunter, tanpa rawatan, atau dengan plasebo. Kami mengambilkira gejala-gejala peserta sebagai hasil utama untuk ulasan ini. Kami mencatatkan hasil dari ujian-ujian lain yang dilakukan untuk mata kering sebagai hasil sekunder (contohnya penglihatan, kestabilan air mata). Kami mengukur hasil utama dan sekunder pada dua dan empat minggu, walaupun masih juga mengambilkira hasil daripada titik masa lain dalam kajian ini. Kami mencari kajian sehingga 13 Disember 2015.

Keputusan utama
Kajian ini menganalisis banyak formulasi air mata tiruan di kaunter, dan kebanyakan literatur menunjukkan ketidakpastian air mata tiruan di kauntter yang mana paling sesuai. Literatur juga menunjukkan air mata tiruan di kaunter mungkin berkesan untuk merawat gejala mata kering dan air mata tiruan di kaunter secara umumnya selamat, walaupun terdapat kesan sampingan.

Kami juga mengenal pasti penambahan 18 kajian yang berpotensi layak didaftarkan, tetapi tidak memberikan apa-apa keputusan atau penerbitan. Kajian ini mungkin telah mendaftar 2079 jumlah peserta namun data tidak tersedia. Tanpa keputusan kajian-kajian tersebut, kesan air mata tiruan OTC yang dinilai tidak dapat diketahui.

Kualiti bukti

Kualiti keseluruhan bukti adalah rendah untuk pelbagai formulasi air mata tiruan di kaunter yang dibandingkan dalam kajian ini. Penemuan ini menunjukkan bahawa penerbitan penyelidikan di masa depan boleh memberi impak penting ke atas kesimpulan yang dibuat dalam kajian ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai ( Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal

Tools
Information