Adakah lebih banyak sokongan meningkatkan kejayaan di kalangan orang-orang yang menggunakan ubat-ubatan untuk berhenti merokok?

Latar belakang

Ubat-ubatan (termasuk segala jenis terapi penggantian nikotin, bupropion dan varenicline) telah ditunjukkan untuk membantu orang berhenti merokok, dan orang-orang yang mahu dibantu untuk berhenti akan sering ditawarkan ubat-ubatan (farmakoterapi). Sokongan tingkah laku juga membantu orang ramai untuk berhenti. Sokongan tingkah laku mungkin termasuk nasihat ringkas atau kaunseling yang lebih intensif, dan boleh diberi secara bersemuka secara satu sama satu atau dalam kumpulan, atau melalui telefon, termasuk 'talian berhenti'. Tidak jelas berapa banyak manfaat tambahan diperolehi daripada menambah sokongan, atau memberikan sokongan yang lebih intensif bagi orang-orang yang menggunakan ubat-ubatan untuk membantu mereka berhenti.

Ciri-ciri kajian

Kita melihat pengajian yang termasuk perokok dan yang menyediakan atau menawarkan ubat-ubatan kepada semua orang. Orang dalam kajian kemudiannya secara rawak berpecah kepada kumpulan yang menerima jumlah yang berlainan atau jenis.sokongan tingkah laku. Untuk menilai sama ada sokongan yang diberikan menbantu orang-orang untuk berhenti, kajian terpaksa mengira bilangan orang-orang yang tidak merokok selepas enam bulan atau lebih. Kita tidak melihat kajian yang hanya termasuk wanita hamil.

Keputusan-keputusan utama

Kami mencari kajian pada Jun 2018. Kami memasukkan 83 kajian dengan hampir 30,000 peserta. Kebanyakan kajian termasuk orang yang ingin berhenti merokok, tetapi sebilangan kecil kajian menawarkan sokongan kepada orang yang tidak cuba berhenti. Menggabungkan keputusan daripada ujian 65 mencadangkan bahawa meningkatkan jumlah sokongan tingkah laku bagi orang-orang yang menggunakan ubat berhenti merokok meningkatkan kemungkinan berhenti rokok. Kira-kira 17% orang dalam golongan yang menerima kurang atau tiada sokongan berhenti merokok, berbanding kira-kira 20% dalam kumpulan yang menerima lebih banyak sokongan. Menyediakan sokongan melalui hubungan peribadi, bersemuka atau telefon, adalah berguna. Beberapa kajian membandingkan pelbagai jenis sokongan. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui jika beberapa jenis sokongan tingkah laku membantu lebih ramai orang yang menggunakan ubat untuk berhenti merokok.

Kualiti bukti

Kita menilai kualiti keseluruhan bukti sebagai tinggi, bermakna penyelidikan lanjut tidak mungkin mengubah keputusan kami. Kajian ini telah dikemaskini dua kali dan penemuan kedua-dua kali kekal sama, walaupun banyak kajian yang baru ditambah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com

Tools
Information