Reseksi transuretral prostat bipolar berbanding monopolar untuk gejala sekunder saluran bawah kencing kepada halangan benign prostatik

Soalan ulasan

Bagaimana pembedahan menggunakan teknologi bipolar dibandingkan dengan teknologi monopolar yang tradisional untuk lelaki dengan prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk membuang air kencing?

Latar belakang

Orang dengan prostat yang membesar boleh mengalami kesukaran untuk membuang air kencing. Ini berlaku kerana prostat yang membesar telah menekan saluran air kencing dimana air kencing meninggalkan pundi kencing. Satu pilihan untuk rawatan keadaan ini adalah pembedahan teleskopik, yang bertindak untuk membuang tisu prostat dan mengurangkan penyumbatan. Ini dilakukan secara tradisional menggunakan teknologi yang dipanggil monopolar TURP (kata pendek untuk 'reseksi transuretral prostat'). Pada masa kini, satu teknik yang dipanggil bipolar TURP telah dihasilkan. Pendekatan ini menggunakan air suling dan bukannya bendalir berair lain dan ia boleh meletakkan lelaki pada risiko yang lebih rendah untuk masalah yang dipanggil sindrom TUR, yang jarang berlaku tetapi berpotensi untuk komplikasi yang serius disebabkan oleh penyerapan cecair, tetapi ia tidak jelas bagaimana kedua-dua prosedur dibandingkan secara keseluruhan.

Adakah ulasan ini terkini?

Kajian yang terkandung dalam ulasan ini adalah yang boleh didapati melalui carian pangkalan data elektronik yang dijalankan pada 19 Mac 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami telah mencari penulisan perubatan untuk ujian klinikal sehingga 19 Mac 2019. Kami dapati 59 ujian rawak yang membandingkan BTURP dengan MTURP. Kajian ini melibatkan sejumlah 8924 pesakit. Tempoh yang paling lama untuk susulan bagi hasil yang diinginkan adalah 12 bulan selepas rawatan.

Keputusan utama

Berbanding MTURP, BTURP mungkin menyebabkan pengurangan yang sama dalam gejala saluran kencing dan ketidakselesaan.

Ia mungkin sedikit mengurangkan kedua-dua risiko gejala TUR dan keperluan untuk pemindahan darah.

Fungsi erektil mungkin serupa selepas kedua-dua prosedur, disebabkan risiko kencing tidak lawas dan keperluan untuk prosedur beriulang.

Kualiti bukti

Kualiti bukti untuk hasil keupayaan untuk membuang air kencing, ketidakselesaan pesakit, sindrom TUR, keperluan untuk pemindahan darah, dan fungsi erektil adalah dianggap sederhana. Kualiti bukti bagi hasil kebocoran kencing selepas prosedur dan keperluan untuk prosedur berulang adalah rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah, Fakulti Perubatan UiTM). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi mastura.malek78@gmail.com

Tools
Information