Peranti kornea buatan berbanding kornea penderma manusia untuk pesakit yang menjalani pemindahan kornea berulang

Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk membandingkan keberkesanan dan keselamatan alat kornea buatan dengan kornea penderma (manusia) pada pesakit yang mengalami sekurang-kurangnya satu pemindahan kornea penderma yang gagal.

Mesej-mesej utama
Pengurusan yang optimum bagi pesakit yang gagal dalam pemindahan kornea penderma adalah tidak diketahui.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Terdapat beberapa jenis pemindahan kornea. Jenis pemindahan adalah ditentukan oleh berapa banyak kornea yang dikeluarkan dan diganti. Pembuangan dan penggantian keseluruhan kornea dikenali sebagai keratoplasti menembusi ketebalan penuh (PK). Mengeluarkan bahagian kornea dengan penggantian bahagian yang sama dari penderma adalah berdasarkan bahagian yang dipindahkan (contohnya keratoplasti endotelial merujuk kepada pemindahan lapisan dalam atau endotelial kornea). Pemindahan kornea adalah salah satu pemindahan yang paling berjaya. Walau bagaimanapun, kadang-kadang pemindahan gagal dan tisu penderma menjadi keruh. Tidak ada garis panduan terkini mengenai berapa banyak pemindahan kornea penderma yang dapat dilakukan pada mata yang gagal dalam pemindahan kornea penderma sebelumnya.

Pemindahan kornea dengan kornea penderma atau kornea buatan (dikenali sebagai keratoprostesis) melibatkan penyingkiran kornea yang mendung dan penggantian dengan alat kornea atau kornea yang jelas. Beberapa contoh keratoprostesis (KPro) adalah Boston KPro (Jenis I dan II), AlphaCor, osteo-odonto-keratoprostesis, dan Fyodorov-Zuev KPro.

Apakah hasil-hasil utama ulasan ini?
Kami tidak menemui ujian klinikal secara rawak atau ujian klinikal terkawal dalam ulasan ini. Tidak ada bukti berkualiti tinggi untuk membimbing pakar bedah dan pesakit mengenai rawatan terbaik untuk digunakan setelah kegagalan pemindahan penderma. Oleh itu, kajian yang membandingkan penggunaan kornea penderma buatan dan manusia selepas kegagalan PK adalah diperlukan.

Setakat manakah ulasan ini dikemaskini?
Kami mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga 4 November 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save