Yoga untuk pencegahan sekunder bagi penyakit jantung koronari

Penyakit jantung koronari (CHD) adalah punca utama penyakit berkaitan kardiovaskular awal dan kematian di negara yang paling maju. Pencegahan sekunder adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan intervensi yang bertujuan untuk mengelakkan ulangan peristiwa jantung dan kematian dalam penghidap CHD yang ditubuhkan. Individu yang mempunyai CHD mempunyai risiko yang paling tinggi terhadap kejadian koronari dan kematian. Pengubahsuaian gaya hidup memainkan peranan penting dalam pencegahan sekunder. Yoga telah dianggap sebagai sejenis aktiviti fizikal dan satu strategi pengurusan tekanan. Faedah fizikal dan psikologi yoga adalah diterima dengan baik, namun amalan yoga yang tidak sesuai boleh membawa kepada kecederaan otot, kesakitan otot dan ketegangan. Ulasan sistematik ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan yoga untuk pencegahan sekunder dalam CHD dari segi aktiviti jantung, kematian, dan kesihatan yang berkaitan dengan kualiti hidup. Penyelidik mendapati tiada kajian rawak terkawal yang memenuhi kriteria inklusi bagi ulasan ini. Oleh itu, keberkesanan yoga untuk pencegahan sekunder di CHD kekal tidak menentu. Kajian rawak terkawal yang berkualiti tinggi adalah diperlukan.

Ini adalah kemaskini satu ulasan yang pernah diterbitkan pada tahun 2012.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save