Sokongan permukaan badan dalam merawati ulser tekanan

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada permukaan sokongan badan seperti katil yang direka khas, tilam ataupun kusyen dapat membantu dalam merawati ulser tekanan Penyelidik dari Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan (ujian terkawal rawak) untuk menjawab soalan ini, dan menemui 19 kajian yang berkaitan.

Mesej utama

Kami tidak dapat memastikan permukaan sokongan badan yang paling berkesan untuk rawatan ulser tekanan kerana kajian yang membuat pembandingan tersebut tidak melibatkan jumlah peserta yang besar dan tidak direka dengan baik.

Apakah yang telah dipelajari daripada ulasan kajian ini?

Tekanan ulsers (juga dikenali sebagai tekanan luka, ulser dekubitus dan luka katil) ialah luka pada kulit dan tisu asas yang disebabkan oleh tekanan atau gosokan Ulser-ulser tersebut biasanya terjadi di kawasan tulang badan atau kawaasn yang menanggung berat atau tekanan, seperti pinggul, punggung, tumit dan siku. Orang yang mempunyai masalah pergerakan atau yang berbaring di katil bagi jangka masa yang panjang berisiko dalam mengalami penyakit ulser. Pelbagai rawatan, termasuk pembalut luka dan permukaan sokongan badan seperti tilam dan kusyen yang direka khas, telah digunakan untuk merawati penyakit ulser.

Permukaan sokongan badan untuk rawatan ulser tekanan merangkumi katil yang direka khas, tilam, lapisan tilam dan bantal yang digunakan untuk melindungi bahagian-bahagian tubuh yang lemah dan mengedarkan tekanan permukaan supaya lebih merata. Permukaan sokongan berteknologi rendah termasuklah tilam yang dipenuhi dengan buih, cecair, manik atau udara; dan tilam busa alternatif dan lapisan. Permukaan sokongan berteknologi tinggi termasuk tilam dan lapisan yang berkuasa elektrik untuk mengubah tekanan di permukaan, katil yang mempunyai kuasa udara yang diedarkan di dalamnya secara mekanik dan katil yang mengurangkan kehilangan udara dan mengandungi udara panas bergerak antara poket di dalam katil. Permukaan sokongan badan yang lain termasuk kulit biri-biri, kusyen dan lapisan meja pembedahan.

Kami ingin mengetahui permukaan sokongan badan yang paling berkesan dalam rawatan ulser tekanan. Kami juga ingin membandingkan permukaan sokongan badan yang berbeza dari segi kos, kebolehpercayaan, ketahanan, dan faedah ataupun kebahayaan bagi pesakit yang menggunakan permukaan sokongan badan tersebut.

Apakah keputusan utama daripada ulasan kajian ini?

Pada September 2017, kami menyelidik ujian mengenai permukaan sokongan badan dalam merawati penyakit tekanan ulser dan juga laporan tentang kesan permukaan sokongan badan pada penyembuhan luka. Kami menemui 19 kajian yang melibatkan 3241 orang peserta, semuanya adalah orang dewasa, dan kebanyakan peserta ialah orang tua dan terbaring di atas katil di hospital ataupun rumah penjagaan. Dalam kajian di mana jantina peserta dilaporkan, kebanyakan peserta adalah berjantina wanita. Bukan semua kajian yang melaporkan sumber pembiayaan projek mereka, namun dua daripada kajian-kajian tersebut yang membuat laporan dipercayai telah dibiayai oleh pengeluar peranti.

Lima kajian yang melibatkan 318 orang peserta telah dijalankan untuk membandingkan permukaan sokongan badan yang bertekanan rendah (CLP) dan berteknologi rendah seperti tilam busa. Kami tidak dapat memastikan bagaimana permukaan sokongan badan yang berbeza ini dapat mempengaruhi penyembuhan ulser tekanan kerana buktinya tidak begitu yakin Empat belas kajian telah melibatkan 2923 orang peserta dalam membandingkan pelbagai jenis permukaan sokongan badan yang berteknologi tinggi seperti katil cairan udara. Skeali lagi, kami tidak mendapat kepastian bagaimana permukaan sokongan yang berbeza ini dapat mempengaruhi kadar penyembuhan ulser kerana buktinya tidak begitu menyakinkan.

Kami tidak dapat membuat satu kesimpulan yang tegas tentang kesan permukaan sokongan badan yang berbeza dalam merawati penyakit ulser kerana kualiti bukti secara keseluruhan adalah sangat rendah. Kebanyakan kajian melibatkan hanya sebilangan kecil orang, dan tidak memberikan maklumat yang cukup mengenai keputusan mereka ataupun kajian mereka tidak direka dengan baik. Justeru, ujian yang lebih baik amat perlu untuk menentukan permukaan sokongan badan yang paling berkesan dalam merawati penyakit ulser.

Sejauh mana status penilaian ini terkini?

Kami menyelidik kajian baharu yang telah diterbitkan sehingga September 2017

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com

Tools
Information
Share/Save