Rawatan manakah berkesan untuk rawatan sindrom sakit setempat kompleks dalam kalangan dewasa?

Sindrom sakit setempat kompleks (CRPS) dicirikan oleh sakit berterusan, biasanya di tangan atau kaki, yang tidak sepadan dengan keterukan kecederaan. Ia sering melibatkan pelbagai simptom lain seperti bengkak, perubahan warna, kekakuan, kelemahan dan perubahan pada kulit. Gambaran keseluruhan ini bertujuan meringkaskan dan melaporkan semua bukti sedia ada dari ulasan sistematik untuk semua rawatan bagi keadaan ini tentang berapa baik ubat-ubat berfungsi dan sebarang potensi mudarat yang mungkin.

Kami mengenal pasti enam ulasan Cochrane dan 13 ulasan sistematik bukan Cochrane yang menyertakan bukti berkaitan pelbagai rawatan, dari ubat-ubatan hiingga ke prosedur pembedahan, pemulihan dan terapi alternatif. Bagi kebanyakan rawatan terdapat hanya sebilangan kecil kajian yang diterbitkan dan kualiti kajian-kajian tersebut adalah bercampur-campur. Oleh itu, kebanyakan bukti untuk kebanyakan rawatan adalah berkualiti rendah atau sangat rendah dan tidak boleh dianggap boleh percaya.

Kami menemui bukti berkualiti rendah ubat ketamin harian yang diberi secara intravena mungkin berkesan mengurangkan sakit, walaupun ia juga dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan. Kami menemui bukti berkualiti rendah ubat-ubatan kelas bifosfonat, kalsitonin dan program pengimejan motor bergred mungkin berkesan untuk CRPS, dan terapi cermin mungkin berkesan dalam kalangan orang yang mengalami CRPS selepas strok. Bukti berkualiti rendah mencadangkan fisioterapi dan terapi cara kerja tidak memberi manfaat klinikal penting pada susulan satu tahun, dan menyekat saraf simpatetik dengan anestetik setempat adalah tidak berkesan. Terdapat bukti berkualiti sederhana sekatan sekawasan intravena dengan ubat guanethidine adalah tidak berkesan dan mungkin dikaitkan dengan komplikasi.

Bagi intervensi-intervensi lain kami hanya menemui bukti berkualiti sangat rendah atau tiada bukti langsung. Tiada kesimpulan patut dibuat tentang nilai intervensi-intervensi tersebut berdasarkan tahap bukti ini.

Berdasarkan bukti sedia ada, adalah sukar untuk membuat kesimpulan yang kukuh rawatan mana yang patut ditawarkan kepada pesakit-pesakit dengan CRPS. Penyelidikan lebih berkualiti adalah penting untuk mengurangkan ketidakpastian dalam bidang ini dan perlu sebelum syor yang meyakinkan boleh dibuat.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).

Tools
Information