Vitamin B dan derivatif untuk penyakit kencing manis buah pinggang

Penyakit kencing manis buah pinggang (DKD) adalah satu gangguan yang menyebabkan protein berlebihan, terutamanya albumin, kehilangan dalam air kencing. DKD merupakan penyebab utama kegagalan buah pinggang dan penyakit kardiovaskular dalam pesakit dengan kencing manis. Walaupun vitamin B biasanya digunakan dalam DKD, kesannya adalah tidak jelas. Ulasan ini termasuk sembilan kajian dengan sejumlah 1354 peserta. Satu kajian melaporkan peningkatan tahap albumin kencing dengan penggunaan tiamina. Tiada kajian lain melaporkan peningkatan dalam fungsi buah pinggang atau pengurangan dalam perkumuhan albumin kencing selepas dua hingga 36 bulan monoterapi dengan terapi vitamin B. Terapi vitamin B dilaporkan diterima dengan baik dengan kesan sampingan yang ringan dalam kajian dengan tempoh lebih daripada enam bulan rawatan. Kajian kurang dari tempoh enam bulan tidak melaporkan peristiwa yang buruk dengan jelas; mereka melaporkan bahawa ubat yang boleh diterima dengan jelas tanpa sebarang ubat yang berkaitan peristiwa buruk. Semua penemuan ini memerlukan pengesahan dalam kajian yang lebih besar sebelum mereka boleh diterima sebagai yang pasti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information