Langkau ke kandungan utama

Racecadotril untuk merawat kanak-kanak di bawah umur lima tahun dengan cirit-birit akut

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada racecadotril berfungsi untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun dengan cirit-birit. Penulis Ulasan Cochrane mengumpulkan dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan termasuk tujuh kajian dalam ulasan ini.

Mesej-mesej utama

Racecadotril boleh mengurangkan risiko kegagalan rehidrasi. Kami tidak pasti sama ada ia mempengaruhi bilangan pergerakan usus atau tempoh cirit-birit.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Cirit-birit adalah punca utama kematian pada kanak-kanak di bawah umur lima tahun, terutamanya di negara berpendapatan rendah. Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit sering mengalami pergerakan usus dan kerap, yang mungkin menyebabkan kehilangan cecair dan elektrolit (dehidrasi). Penggantian cecair disyorkan untuk mencegah dan merawat dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit. Racecadotril telah digunakan sebagai tambahan kepada penggantian cecair untuk merawat cirit-birit pada kanak-kanak, kerana ia mengurangkan pelepasan air dan elektrolit ke dalam saluran pencernaaan. Ubat ini sepatutnya meningkatkan gejala cirit-birit (memendekkan tempoh cirit-birit atau mengurangkan frekuensi najis) serta mengurangkan risiko kegagalan rehidrasi. Walau bagaimanapun, tidak jelas jika racecadotril benar-benar berfungsi untuk kanak-kanak dengan cirit-birit.

Apakah penemuan utama ulasan ini?

Penulis ulasan mencari kajian yang ada dan termasuk tujuh kajian. Kajian dilakukan pada 1140 kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 5 tahun. Kanak-kanak yang diberikan racecadotril dibandingkan dengan kumpulan kawalan (kanak-kanak yang, bukan racecadotril, menerima plasebo (ubat yang tidak mengandungi racecadotril) atau tiada ubat). Ulasan menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak yang mengalami cirit-birit diberikan racecadotril, berbanding dengan plasebo atau tiada ubat:

• racecadotril boleh mengurangkan risiko kegagalan rehidrasi (kepastian bukti yang rendah);
• kita tidak pasti sama ada atau tidak racecadotril memendekkan tempoh cirit-birit (kepastian bukti yang sangat rendah);
• kita tidak pasti sama ada racecadotril mempengaruhi bilangan najis (kepastian bukti yang sangat rendah);
• Racecadotril boleh menurunkan berat keluaran najis (kepastian bukti yang rendah);
• racecadotril mungkin membuat perbezaan sedikit atau tiada pada tempoh tinggal di hospital untuk pesakit dalam (kepastian bukti yang rendah);
• racecadotril mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan pada kadar kesan sampingan (kepastian bukti yang rendah)

Sehingga bilakah ulasan ini dikemaskini?

Penulis ulasan mencari kajian yang diterbitkan sehingga 4 Mac 2019.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Liang Y, Zhang L, Zeng L, Gordon M, Wen J. Racecadotril for acute diarrhoea in children. Cochrane Database of Systematic Reviews 2019, Issue 12. Art. No.: CD009359. DOI: 10.1002/14651858.CD009359.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan