Langkau ke kandungan utama

Pengurangan kadar pengambilan garam dalam pemakanan untuk mencegah penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular termasuklah serangan jantung dan strok merupakan penyebab utama kematian pramatang dan hilang upaya. Ini adalah kemaskini ulasan yang pertama terbitan 2011. Ulasan ini menilai sama ada intensif sokongan dan galakan untuk mengurangkan garam dalam pemakanan, dan menggantikan garam natrium rendah, mengurangkan risiko kematian atau penyakit kardiovaskular. Kemas kini ini merangkumi dua kajian baru dan menghapuskan satu kajian yang bermasalah, memberi sejumlah lapan ujikaji dengan 7284 peserta.

Nasihat pemakanan dan penggantian garam pula mengurangkan jumlah garam yang dimakan, yang membawa kepada pengurangan kecil dalam darah dalam enam bulan. Ada bukti lemah berkenaan manfaat bagi penyakit kardiovaskular, tetapi penemuan ini adalah tidak pasti dan telah didorong oleh satu ujikaji dalam kalangan penduduk rumah persaraan yang mengurangkan pengambilan garam dalam dapur rumah.

Hasil ulasan kami tidak bermakna bahawa menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan garam perlu dihentikan. Namun, langkah tambahan - sebagai contoh, mengurangkan jumlah garam yang tersembunyi dalam makanan yang diproses, – akan memudahkan untuk orang mencapai pemakanan garam yang rendah. Secara keseluruhannya banyak kajian yang gagal melaporkan data yang mencukupi untuk menilai potensi risiko kecenderungan mereka. Bukti lebih lanjut tentang kesan daripada cara yang berbeza untuk mengurangkan pemakanan garam keatas hasil klinikal diperlukan dari kajian eksperimen dan kajian observasi untuk memperkukuhkan dasar kesihatan awam.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong Chun Hoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Adler AJ, Taylor F, Martin N, Gottlieb S, Taylor RS, Ebrahim S. Reduced dietary salt for the prevention of cardiovascular disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2014, Issue 12. Art. No.: CD009217. DOI: 10.1002/14651858.CD009217.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan