Asid valproik dan natrium valproate untuk sakit neuropatik dan ‘fibromyalgia’

Sakit neuropatik adalah disebabkan oleh kerosakan saraf, sering berlaku akibat perubahan dalam sistem saraf pusat, dan ‘fibromyalgia’ adalah sindrom sakit kompleks yang dikaitkan. Ramai orang dengan keadaan ini kehilangan upaya dengan sakit sederhana atau teruk selama bertahun-tahun. Analgesik konvensional seringkali bukan pilihan rawatan yang berkesan. Oleh kerana terdapat persamaan antara mekanisme patofisiologi dan biokimia yang dilihat dalam epilepsi dan sakit neuropatik, tidak hairan agen antiepileptik boleh diguna untuk merawat sakit neuropatik. Ulasan ini bertujuan untuk menyiasat efikasi dan peristiwa buruk yang dikaitkan dengan penggunaan natrium valproate dan asid valproik untuk rawatan sakit neuropatik kronik dan ‘fibromyalgia’. Kami mengenal pasti tiga kajian yang relevan, dua kajian dalam neuropati diabetik dan satu lagi adalah neuralgia pasca herpes. Dua daripada tiga kajian melaporkan pengurangan sakit lebih besar dengan valproate berbanding plasebo, tetapi kajian-kajian adalah kecil (< 45 peserta) dan memberi data yang tidak cukup untuk analisis kumpulan, dan kaedah analisis yang diguna mungkin membuat lebih anggaran kesan rawatan. Peristiwa buruk seperti loya, sedasi, mengantuk, vertigo, dan fungsi hati abnormal lebih lazim dengan valproate berbanding plasebo, tetapi kajian-kajian tersebut ini tidak sesuai untuk membolehkan penilaian komprehensif kemudaratanya.

Tiada cukup bukti untuk menyokong penggunaan asid valproik atau natrium valproate sebagai rawatan utama untuk sakit neuropatik.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information
Share/Save