Terapi antiretroviral untuk pencegahan transmisi HIV dalam kalangan pasangan HIV diskordan .

Ubat antiretroviral boleh mencegah transmisi HIV daripada pasangan seksual yang dijangkiti kepada pasangan yang tidak dijangkiti, dengan menghalang replikasi virus. Kami menemui satu kajian rawak terkawal sembilan kajian observasi yang menilai soalan ini. Secara keseluruhannya, kami mendapati apabila pasangan yang dijangkiti telah dirawat dengan ubat-ubatan antiretroviral, pasangan yang tidak dijangkiti berisiko 40% lebih rendah untuk dijangkiti berbanding pasangan yang tidak menerima rawatan. Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan rawatan antiretroviral kepada semua orang dengan sel CD4/μL ≤350, kami juga menilai kajian yang melibatkan pasangan yang dijangkiti mempunyai kiraan CD4 yang lebih tinggi daripada paras ini. Kami mendapati bukti kukuh daripada kajian rawak terkawal bahawa dalam kumpulan ini, HIV kurang berkemungkinan untuk ditransmisi kepada pasangan yang tidak dijangkiti berbanding pasangan yang dijangkiti tetapi telah dirawat berbanding pasangan yang tidak dirawat .

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com)

Tools
Information
Share/Save