Bisphosphonates bagi osteoporosis dikalangan pengidap sirosis hempedu 'primary'

Sirosis hempedu 'primary' ialah satu penyakit autoimun yang merosakkan hati yang terutamanya menjejaskan wanita pada pertengahan umur dan dikaitkan dengan osteoporosis. Tulang yang mempunyai jisim yang rendah adalah punca penting penyebab masalah bagi pesakit dengan sirosis hempedu 'primary', membawa kepada peningkatan risiko tulang, kesakitan dan kecacatan. Osteoporosis bagi pesakit dengan sirosis hempedu 'primary' boleh disebabkan oleh osteoporosis menopaus dan osteoporosis sekunder disebabkan oleh penyakit hati.

Bisphosphonates, seperti etidronate, alendronate, ibandronate, adalah ubat-ubatan yang biasa digunakan bagi rawatan osteoporosis menopaus. Ulasan ini melihat kepada kesan bisphosphonates pada osteoporosis bagi pesakit dengan sirosis hempedu 'primary'. Enam kajian rawak, dengan 200 orang peserta, memberikan maklumat bagi ulasan tersebut. Ujian ini membanding etidronate atau alendronate dengan plasebo atau tiada intervensi; etidronate atau alendronate dengan alendronate atau ibandronate; dan etidronate dengan natrium fluorida.

Setelah analisis statistik dijalankan, kami mendapati tiada bukti di mana tiga bisphosphonates tersebut berkesan ke atas kematian, tulang patah, kesan sampingan, kualiti hidup, dan ketumpatan mineral tulang pada pesakit dengan sirosis hempedu 'primary'.

Untuk mempunyai bukti sama ada bisphosphonates harus digunakan untuk merawat osteoporosis dalam sirosis hempedu 'primary' atau tidak, kita memerlukan kajian klinikal rawak yang besar yang melibatkan banyak tempat, dan juga mempunyai metodologi yang berkualiti, iaitu, risiko bias yang rendah, penyediakan data jangka panjang tentang manfaat dan kemudaratan yang relevan dengan pesakit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information