Julap bagi pengurusan sembelit dalam kalangan kanak-kanak

Apakah sembelit kanak-kanak?

Sembelit berfungsi kanak-kanak adalah masalah biasa. Istilah sembelit berfungsi digunakan apabila tiada punca organik asas boleh dikenal pasti sebagai simptom. Simptom-simptom biasanya termasuk kekerapan pergerakan usus, tiada pengawalan buang air besar dan perubahan dalam konsistensi najis. Walaupun penggunaan julap oleh pengamal perubatan untuk merawat sembelit kanak-kanak adalah meluas, bukti untuk menyokong amalan ini adalah kurang dalam jangkamasa yang lama.

Soalan ulasan

Objektif utama adalah untuk menilai keberkesanan dan kesan sampingan akibat julap osmosis dan perangsang yang digunakan untuk rawatan sembelit berfungsi kanak-kanak .

Apakah osmosis dan julap perangsang ?

Julap osmosis adalah ubat-ubatan yang menarik air ke dalam najis, menyebabkan najis lembut dan lebih kerap, lebih mudah untuk melalui pergerakan usus. Sesetengah julap osmosis yang lazim digunakan adalah polietilena glikol (PEG), susu magnesia dan lactulose. Julap perangsang mendorong pergerakan usus dengan meningkatkan pengecutan otot dalam usus. Contoh julap perangsang termasuk lidah, Cascara, sebatian senna, bisacodyl, dan minyak jarak.

Apakah yang disiasat oleh penyelidik?

Para penyelidik mengkaji sama ada osmosis dan julap perangsang yang berkesan untuk rawatan sembelit kanak-kanak ini menyebabkan apa-apa kemudaratan (kesan sampingan). Para penyelidik telah mencari literatur perubatan secara luas sehingga 10 March June 2016.

Apkah yang dijumpai oleh para penyelidik?

Ulasan ini melibatkan 25 kajian dengan sejumlah 2310 kanak-kanak yang membandingkan sepuluh ejen yang berbeza dengan ada placebo (ubat aktif) atau antara satu sama lain. Kebanyakkan kajian adalah kecil dalam saiz dan telah dinilai sebagai tidak berkualiti atau tidak jelas. Keputusan ulasan ini menunjukkan bahawa persediaan PEG boleh meningkatkan kekerapan membuang air besar dikalangan kanak-kanak yang bersembelit. Terdapat bukti dari satu kajian yang menunjukkan bahawa dos tinggi PEG (0.7 g / kg) boleh menjadi lebih utama dari PEG dos rendah (0.3 g / kg) untuk meningkatkan kekerapan membuang air besar dikalangan kanak-kanak sembelit. Secara amnya kadar kesan sampingan yang kurang lebih rendah berbanding dengan ejen lain. Kesan sampingan yang biasa termasuk kembung perut, sakit perut, loya, cirit-birit dan sakit kepala. Terdapat juga beberapa bukti bahawa parafin cecair (minyak mineral) meningkatkan kekerapan membuang air besar dikalangan kanak-kanak sembelit. Kesan sampingan yang lazim dengan parafin cecair termasuk sakit perut, kembung dan najis berair. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa lactulose adalah tinggi daripada ejen-ejen lain yang dikaji, walaupun tidak ada kajian yang membandingkannya dengan plasebo (ubat palsu seperti pil gula). Kajian-kajian ini adalah agak pendek dalam jangka masa dan oleh itu adalah sukar untuk menilai keberkesanan jangka panjang ejen-ejen ini untuk rawatan sembelit kanak-kanak. Keberkesanan jangka panjang adalah penting, memandangkan masalah ini sering kronik dikalangan kanak-kanak

Keputusan kajian perlu ditafsirkan dengan berhati-hati kerana masalah kualiti dalam kajian yang disertakan. Oleh itu, kekuatan kesimpulan kami adalah amat terhad dan lebih banyak kajian diperlukan. Soalan utama yang perlu menangani termasuk keselamatan parafin cecair, memandangkan keberkesanan jelas, tetapi siasatan terhad. Khususnya, penyelidikan akan datang perlu membandingkan parafin cecair untuk PEG. Dos optimum PEG perlukan siasatan lanjut. Peranan PEG untuk pengurusan jangka masa panjang sembelit kronik juga memerlukan siasatan lanjut untuk membolehkan penyelidikan lebih baik untuk memaklumkan amalan klinikal yang sebenar. Terdapat kekurangan kajian membandingkan lactulose dengan plasebo.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information