Perencat enzim penukar angiotensin (ACE) berbanding penghalang reseptor angiotensin untuk hipertensi primer

Latar belakang

Hipertensi, atau tekanan darah tinggi yang berterusan melebihi 140/90 mmHg, adalah faktor risiko lazim yang berkaitan dengan strok dan penyakit jantung. Untuk mencegah kejadian ini, perencat enzim penukar angiotensin (ACE) dan penghalang reseptor angiotensin (ARBs) digunakan secara meluas untuk merawat hipertensi, dengan ARB sering digantikan untuk perencat ACE kerana reputasi mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit. Walaupun kajian telah menunjukkan manfaat pencegahan untuk perencat ACE, tiada kajian seperti ini untuk ARB. Oleh itu, penyelidik berhasrat untuk terus menguji penggantian ini dengan mengkaji kajian yang secara langsung membandingkan perencat ACE dan ARB.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik mencari pangkalan data saintifik untuk kajian rawak terkawal (kajian klinikal di mana orang secara rawak dimasukkan ke dalam satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) orang yang mempunyai hipertensi yang tidak terkawal atau terkawal dengan atau tanpa faktor risiko lain (aspek keadaan, gaya hidup atau persekitaran seseorang menjejaskan kebarangkalian berlakunya penyakit). Bukti adalah terkini sehingga Julai 2014.

Keputusan utama

Penyelidik mendapati tiada perbezaan yang boleh dipercayai antara perencat ACE dan ARB untuk jumlah kematian, kematian akibat penyakit jantung, atau penyakit jantung dan strok. Namun, kesimpulan penyelidik semata-mata tidak boleh diambil bermakna ARB akan menunjukkan manfaat yang serupa seperti perencat ACE jika dibandingkan dengan plasebo. ARBs mempunyai peluang yang lebih rendah sebanyak 1.8% untuk dihentikan kerana kesan sampingan lebih dari 4.1 tahun, bermakna bahawa bagi setiap 55 orang yang dirawat dengan ARB dan bukan perencat ACE selama 4.1 tahun, satu orang akan terhindar daripada kesan sampingan yang membawa kepada berhenti ubat. Perbezaan kesan sampingan ini adalah disebabkan oleh batuk kering yang lebih tinggi pada orang yang mengambil perencat ACE.

Kualiti bukti

Secara ringkasnya, sementara ARB adalah diterima sedikit lebih baik daripada perencat ACE, terdapat data yang lebih tinggi yang menyokong penggunaan perencat ACE untuk mengelakkan kematian, angin ahmar, dan penyakit jantung yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih ARB melebihi perencat ACE.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save