Aripiprazole untuk gangguan spektrum autisme (ASD)

Latar belakang

Aripiprazole adalah sejenis ubat antipsikotik yang digunakan untuk merawat gangguan mental yang serius seperti paranoia. Ia juga digunakan untuk merawat masalah tingkah laku (seperti agresif, perangai yang teruk) pada orang yang mempunyai gangguan spektrum autisme (ASD). Aripiprazole terbukti dapat diterima dengan baik dan memperbaiki masalah tingkah laku dalam masalah lain seperti skizofrenia dan gangguan bipolar. Disebabkan oleh aripiprazole adalah ubat yang agak baru, adalah penting untuk memahami manfaat dan kesan sampingan ubat ini kepada pesakit dengan ASD.

Soalan ulasan

Adakah kanak-kanak dan orang dewasa dengan ASD mendapat manfaat daripada rawatan dengan aripiprazole, berbanding dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang lain dengan ASD yang menerima ubat tanpa bahan aktif (plasebo)?

Ciri-ciri kajian

Dalam kajian ini, kami merangkumi tiga kajian yang menyiasat kesan aripiprazole. Dua adalah kajian jangka pendek (lapan minggu) yang menilai sama ada aripiprazole meningkatkan masalah tingkah laku dalam jumlah 316 anak / remaja. Yang ketiga ialah kajian jangka panjang (sehingga 16 minggu) di mana 85 kanak-kanak / remaja yang gejala awalnya diperbaiki dengan aripiprazole dihentikan ubat untuk menilai sama ada masalah tingkah laku mereka yang berulang. Semua peserta berusia antara enam dan 17 tahun. Semua kajian menggunakan senarai semakan tingkah laku untuk menilai gejala ASD.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Kajian jangka pendek mendapati kerengsaan, hiperaktif dan stereotaip (iaitu tingkah laku berulang) dan percakapan yang tidak wajar pada kanak-kanak / remaja dengan ASD yang mengambil aripiprazole berbanding dengan plasebo. Penyelidik tidak mendapati peningkatan dalam kelesuan / penarikan diri (iaitu kekurangan tenaga dan kecerdasan dikurangkan). Kanak-kanak / remaja Barat berkemungkinan kurang berulang (kembali ke tingkah laku yang lebih lama dan bermasalah) apabila mengambil aripiprazole, tetapi dapatan ini tidak dilaporkan pada kanak-kanak / remaja kaum lain. Kadar kesan sampingan gangguan pergerakan seperti gegaran, ketegaran otot dan pergerakan secara tidak sukarela adalah lebih tinggi pada kanak-kanak / remaja yang mengambil aripiprazole dalam semua kajian. Hasil ulasan ini menunjukkan bahawa penggunaan jangka pendek aripiprazole dapat meningkatkan kerengsaan, hiperaktif dan pergerakan berulang pada kanak-kanak / remaja dengan ASD, walaupun kedua-dua penambahan berat badan dan kesan sampingan neurologi (contohnya pergerakan tidak sukarela pada muka dan rahang) dapat terjadi. Kanak-kanak dan remaja yang mengambil aripiprazole perlu dinilai semula secara berkala untuk memantau peningkatan dalam gejala ASD dan kesan sampingan. Secara menyeluruh, tahap kualiti bukti adalah sederhana. Sejak masa kajian ini dijalankan, versi terkini manual untuk mendiagnosis ASD dan keadaan-keadaan lain telah diterbitkan. Kajian tambahan menilai keselamatan dan faedah penggunaan jangka panjang aripiprazole akan membantu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save