Rawatan sawan pada orang dengan neurosistiserkosis

Latar belakang

Neurosistiserkosis adalah sejenis jangkitan otak yang disebabkan oleh larva cacing pita yang berhijrah ke otak. Sawan adalah gejala yang paling biasa, walaupun sesetengah orang mungkin mepuunyai persembahan lain seperti sakit kepala, muntah atau gejala lain pembengkakan otak.

Ulasan ini menyiasat kegunaan ubat-ubatan antiepileptik (AEDs) untuk mencegah sawan pada orang yang tidak mempunyai sawan tetapi dibentangkan dengan gejala-gejala lain. Kami juga mengkaji kegunaan AED di kalangan orang yang mempunyai epilepsi disebabkan oleh neurosistiserkosis, dari segi pilihan ubat, dos, tempoh rawatan, kos, kesan sampingan dan kualiti hidup.

Ciri-ciri kajian

Empat kajian dengan seramai 466 penyerta dikaji, memberi tumpuan kepada perbandingan 'jangka pendek' dan 'jangka masa panjang' ubat AED di kalangan orang yang mempunyai satu luka serebrum. Kajian ini membandingkan pelbagai tempoh terapi AED: enam hingga 12 bulan sebagai jangka pendek dan 12 hingga 24 bulan sebagai terapi jangka panjang.

Keputusan-keputusan utama

Tiada faedah dari segi tempoh AED berbanding yang lain (enam, 12 atau 24 bulan) ditemui. Pada orang-orang dengan sista calcified, tempoh terapi yang lebih lama mungkin lebih baik.

Kesemua empat kajian, mendaftarkan orang dengan satu luka otak tunggal. Penemuan ulasan kami tidak boleh diekstrapolasi kepada orang yang mempunyai banyak sista atau dengan sista di bahagian otak yang luar biasa.

Bukti adalah terkini sehingga Julai 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Shaun Lee Wen Huey (Monash Universiti Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save