Langkau ke kandungan utama

Rawatan sawan pada orang dengan neurosistiserkosis

Latar belakang

Neurosistiserkosis adalah jangkitan biasa pada otak. Ia disebabkan oleh larva cacing pita babi yang berhijrah ke otak dan membentuk kantung tertutup di sekeliling mereka (dipanggil sista). Sawan adalah gejala yang paling biasa, walaupun sesetengah orang mungkin mempunyai gejala lain seperti sakit kepala, muntah atau gejala lain pembengkakan otak.

Ulasan ini menyiasat kegunaan ubat-ubatan antiepileptik (AEDs) untuk mencegah sawan pada orang yang tidak mempunyai sawan tetapi dibentangkan dengan gejala-gejala lain. Kami juga mengkaji kegunaan AED di kalangan orang yang mempunyai epilepsi disebabkan oleh neurosistiserkosis, dari segi pilihan ubat, dos, tempoh rawatan, kesan sampingan dan kualiti hidup.

Ciri-ciri kajian

Kami merangkumi empat kajian dengan seramai 466 penyerta, memberi tumpuan kepada perbandingan jangka pendek dan jangka masa panjang ubat AED di kalangan orang yang mempunyai satu sista otak. Kajian menganggap enam hingga 12 bulan sebagai rawatan jangka pendek, dan 12 hingga 24 bulan sebagai rawatan jangka panjang.

Keputusan utama

Terdapat keputusan yang tidak muktamad untuk manfaat satu tempoh AED berbanding yang lain (enam, 12, atau 24 bulan) untuk orang yang mempunyai satu sista. Pada orang-orang dengan sista calcified, tempoh terapi yang lebih lama mungkin lebih baik.

Kesemua empat kajian mendaftarkan orang dengan satu luka otak tunggal. Penemuan ulasan kami tidak boleh digeneralisasikan kepada orang yang mempunyai banyak sista atau dengan sista di bahagian otak yang luar biasa.

Bukti adalah terkini sehingga Januari 2021.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Walton D, Castell H, Collie C, Wood GK, Sharma M, Singh T, Michael BD. Antiepileptic drugs for seizure control in people with neurocysticercosis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2021, Issue 11. Art. No.: CD009027. DOI: 10.1002/14651858.CD009027.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan