Cara-cara untuk membantu kanak-kanak kanser untuk terlibat dalam membuat keputusan mengenai penjagaan kesihatan mereka

Soalan sorotan

Kami mengkaji bukti-bukti tentang apa yang membantu kanak-kanak kanser untuk terlibat dalam membuat keputusan mengenai penjagaan kesihatan mereka. Kami tidak menemui sebarang kajian.

Latar belakang

Kanser adalah penyakit yang serius yang melibatkan rawatan yang kompleks dengan kesan sampingan yang tidak menyenangkan.Kanak-kanak kanser biasanya memilih untuk terlibat dalam membuat sesetengah keputusan tentang penjagaan dan rawatan mereka. Melibatkan kanak-kanak dalam proses membuat keputusan tentang penjagaan kesihatan boleh membantu mereka memahami penyakit dan rawatan, mengurangkan kebimbangan mereka, membantu mereka berasa lebih bersedia menghadapi kanser.

Ciri-ciri kajian

Bukti ini adalah terkini sehingga 29 Februari 2016. Kami tidak menjumpai sebarang kajian yang membantu kanak-kanak untuk terlibat dalam membuat keputusan bersama dengan ibu bapa dan kakitangan perubatan.

Keputusan-keputusan utama

Pada masa ini, tidak terdapat bukti mengenai cara-cara untuk membantu kanak-kanak kanser terlibat dalam membuat keputusan mengenai penjagaan kesihatan mereka. Kami memerlukan lebih banyak kajian yang berkualiti tinggi sebelum kesimpulan muktamad boleh dibuat.

Kualiti bukti

Tidak berkenaan kerana tiada kajian yang layak ditemui.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save