Adakah ubat anti-pembekuan darah bermanfaat dalam kalangan orang dengan penyakit buah pinggang kronik?

Orang dengan penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) lebih berisiko penyakit jantung yang boleh menghalang bekalan darah ke jantung atau otak menyebabkan serangan jantung atau strok. Ubat-ubatan yang menghalang pembekuan darah (agen antiplatelet) dapat mengelakkan kematian yang disebabkan oleh pembekuan darah di dalam arteri dalam kalangan dewasa secara umum. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat sedikit manfaat dalam kalangan orang dengan CKD, kerana klot darah dalam arteri adalah punca kematian yang kurang lazim atau sebab untuk dimasukkan ke hospital dengan kegagalan jantung atau kematian mengejut dalam kalangan mereka. Orang dengan CKD juga lebih cenderung untuk perdarahan akibat perubahan dalam mekanisme pembekuan darah. Agen antiplatelet mungkin lebih berbahaya dengan kehadiran CKD. Ulasan ini menilai manfaat dan mudaratagjen antiplatelet dalam mencegah penyakit kardiovaskular dan kematian, dan memperbaiki fungsi akses vaskular dialisis dalam kalangan orang dengan CKD. Kami mengenal pasti 44 kajian yang membandingkan agen antiplatelet dengan plasebo ataupun tiada rawatan dan enam kajian membandingkan satu agen antiplatelet dengan yang lain secara langsung.

Agen antiplatelet menghalang serangan jantung, tetapi bukan kematian atau strok, dan meningkatkan perdarahan major dan minor dalam kalangan orang dengan CKD. Akses dialisis (fistula atau graf Gortex) dikekalkan dengan rawatan antiplatelet, tetapi ubat antiplatelet tidak dapat memperbaiki kematangan fistula atau kesesuaian untuk dialisis. Manfaat (kurang kematian dan serangan jantung) dan mudarat (perdarahan) berlaku tanpa mengira tahap CKD ataupun jenis antiplatelet yang diguna. Lebih banyak kajian tentang ubat anti-pembekuan darah diperlukan dalam kalangan pesakit dengan CKD, terutama mereka yang telah menerima pemindahan buah pinggang. Kami juga memerlukan kajian yang membandingkan satu ubat anti pembekuan dengan ubat-ubatan yang lain terutamanya yang lebih baru, dan hal ini dapat menentukan rawatan yang terbaik bagi pesakit dengan kedua-dua CKD dan penyakit kardiovaskular akut dan yang menilai rawatan untuk memperbaiki kematangan akses vaskular dialisis.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Pertubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com

Tools
Information
Share/Save