Nasihat kesihatan oral (pendidikan dan latihan) untuk pesakit mental yang serius.

Adakah berkesan memberi nasihat tentang kesihatan oral kepada pesakit mental yang serius?

Latarbelakang

Orang-orang yang bermasalah mental mempunyai kecenderungan lebih tinggi untuk mendapat penyakit oral (mempengaruhi gigi, mulut, dan gusi) dan memerlukan lebih rawatan pergigian berbanding populasi umum. Kesihatan oral masa kini bukan merupakan keutamaan bagi pengguna perkhidmatan dan profesional kesihatan mental, walaupun kerosakan gigi, perubahan warna gigi, sensitiviti dan penyakit gusi boleh mempengaruhi aspek kehidupan seharian seperti memakan, keselesaan, paras rupa, perasaan dapat diterima oleh orang lain dan harga diri.Walaupun tidak membawa maut, kesihatan pergigian yang teruk menyumbang kepada masalah kesihatan fizikal lain misalnya penyakit jantung. Beberapa ubatan yang diguna untuk merawat sakit mental boleh menyebabkan kesan sampingan yang mendorong kepada penyakit oral.

Nasihat kesihatan oral daripada profesional penjagaaan kesihatan mungkin dapat menggalakkan orang bermasalah mental untuk memberus gigi dengan lebih regular, menghadiri pemeriksaan gigi yang regular dengan doktor gigi, dan mendapatkan penjagaan pergigian jika mengalami sakit gigi, sensitiviti atau penyakit gusi. Nasihat mungkin melibatkan maklumat atau kauseling yang membolehkan individu berfikir dan peka tentang kesihatan pergigian mereka. Ia sepatutnya mendidik dan memberitahu, bermatlamat mencegah masalah dan memperkasa orang untuk menjaga mulut dan gigi dengan lebih baik.

Ciri kajian

Kami menjalankan carian elektronik pada November 2015 untuk kajian-kajian yang memilih pesakit mental secara rawak untuk menerima nasihat kesihatan oral, pengawasan atau penjgaan piawai.Tiga kajian yang memenuhi keperluan piawai dimasukkan ke dalam ulasan ini.

Keputusan utama

Data sedia ada yang disertakan dalam kajian menunjukkan peserta yang menerima pendidikan kesihatan oral mempunyai skor indeks plak secara statistik lebih baik berbanding mereka yang tidak menerima pendidikan kesihatan oral, namun maksud sebenarnya adalah tidak jelas.Kajian-kajian tidak memberi maklumat tentang isu penting seperti bilangan lawatan ke klinik pergigian atau berapa kali gigi diberus setiap hari dan jika ada sebarang potensi kesan buruk pendidikan kesihatan oral. Penulis ulasan mencadangkan walaupun pada masakini tiada bukti kukuh sedia ada daripada kajian, adalah wajar untuk mematuhi garispanduan dan syor yang dikemukakan oleh kumpulan kerja Persatuan Kehilangan Upaya dan Kesihatan Oral British tentang penjagaan kesihatan oral untuk orang bermasalah kesihatan mental.

Kualiti bukti

Kualiti bukti sedia ada dalam bilangan kajian yang kecil adalah rendah hingga sederhana. Terkini bukti berkualiti tinggi daripada kajian sedia ada masih kurang untuk membantu membuat keputusan tentang keberkesanan keseluruhan nasihat kesihatan oral bagi orang bermasalah mental serius.Lebih banyak kajian berkualiti tinggi diperlukan untuk mengumpul bukti kukuh yang lebih baik.

Ben Gray, Penyelidik Kanan Setara, Yayasan McPin http://mcpin.org/

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information