Kesan-kesan sampingan sembilan biologics yang biasa digunakan

Ringkasan ulasan Cochrane ini menunjukkan apa yang kami ketahui daripada penyelidikan mengenai kesan-kesan sampingan biologics yang digunakan untuk banyak keadaan termasuk keradangan artritis dan keadaan radang yang lain-lain, kanser dan keadaan saraf. Kami tidak memasukkan kajian-kajian mengenai HIV/AIDS. Sembilan biologics yang telah dikaji oleh kami adalah: abatacept (Orencia®), adalimumab (Humira®), anakinra (Kineret®), pegol certolizumab (Cimzia®), etanercept (Enbrel®), golimumab (Simponi®), infliximab (Remicade®), rituximab (Rituxan atau Mabthera®) dan tocilizumab (Actmera®).

Ulasan menunjukkan orang yang menggunakan biologics tersebut dalam jangka pendek:

- mungkin akan lebih mudah dalam mendapat jangkitan yang lebih serius atau batuk kering daripada orang-orang yang mengambil plasebo (ubat palsu);

-mungkin akan lebih mudah dalam mengalami kesan-kesan sampingan atau menarikkan diri daripada kajian ini disebabkan oleh kesan-kesan sampingan daripada orang-orang yang mengambil plasebo;

- mungkin tidak akan mengalami kesan sampingan yang lebih serius* (selain daripada jangkitan yang serius), kanser atau kegagalan jantung kongestif daripada orang-orang yang mengambil plasebo.

(* Kesan sampingan yang serius adalah peristiwa buruk yang boleh mengakibatkan kematian atau kemasukan ke hospital dan kecacatan atau kerosakan yang kekal).

Kami tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai kesan-kesan sampingan dan komplikasi, termasuk kesan sampingan yang jarang berlaku atau berjangka panjang.

Apakah biologics?

Biologics adalah sekumpulan ubat-ubatan yang menindas sistem imun dan mengurangkan keradangan, walaupun menindasi sistem imun boleh menyebabkan sedikit sukar dalam melawan jangkitan.

Anggaran yang terbaik untuk apa yang berlaku kepada orang-orang yang mengambil biologics dalam jangka pendek (julat: 1 hingga 63 bulan)

Kesan-kesan sampingan yang serius

Dalam kalangan orang yang mengambil mana-mana biologic, 127 daripada 1,000 mempunyai kesan sampingan yang serius berbanding dengan 118 orang daripada 1,000 yang mengambil plasebo ( 1% bahaya mutlak).

Semua kesan-kesan sampingan yang dilaporkan

Dalam kalangan orang yang mengambil mana-mana biologic, 770 daripada 1,000 mempunyai kesan sampingan berbanding dengan 724 orang daripada 1,000 yang mengambil plasebo (5% bahaya mutlak).

Penarikkan diri daripada kajian disebabkan oleh kesan-kesan sampingan

Dalam kalangan orang yang mengambil mana-mana biologic, 137 daripada 1,000 menarikkan diri daripada kajian ini kerana kesan-kesan sampingan berbanding dengan 98 orang daripada 1,000 yang mengambil plasebo (4% bahaya mutlak).

Jangkitan yang serius

Dalam kalangan orang yang mengambil mana-mana biologic, 35 orang daripada 1000 mengalami jangkitan serius berbanding dengan 26 orang daripada 1000 yang mengambil plasebo (1% bahaya mutlak).

Batuk kering

Dalam kalangan orang yang mengambil mana-mana biologic, 20 daripada 10,000 mempunyai batuk kering berbanding dengan 4 orang daripada 10,000 yang mengambil plasebo (0.16% bahaya mutlak). Tetapi, kekurangan kes-kes batuk kering menyebabkan keyakinan kami terhadap keputusan ini adalah rendah.

Lymphoma (kanser darah)

Sepanjang jangka masa pendek kajian-kajian ini, mungkin terdapat sedikit atau tidak ada perbezaan dalam bilangan orang yang mengalami kanser semasa mengambil mana-mana biologic berbanding dengan orang yang mengambil plasebo. Tetapi, kekurangan kes-kes kanser menyebabkan keyakinan kami terhadap keputusan ini adalah rendah.

Kegagalan jantung kongestif

Mungkin terdapat sedikit atau tidak ada perbezaan dalam bilangan orang yang mengalami kegagalan jantung kongestif semasa mengambil mana-mana biologic berbanding dengan orang yang mengambil plasebo. Tetapi, kekurangan kes-kes kegagalan jantung kongestif menyebabkan keyakinan kami terhadap keputusan ini adalah rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information