Diclofenac dengan atau tanpa ubat tahan muntah untuk sakit kepala migrain akut dalam kalangan orang dewasa

Sorotan ini mendapati bahawa diclofenac kalium oral 50 mg adalah rawatan yang berkesan untuk sakit kepala migrain, mengurangkan kesakitan sederhana hingga teruk kepada kesakitan ringan dalam tempoh dua jam dalam kira-kira setengah (55%) mereka yang dirawat, tiada kesakitan pada dua jam dalam satu dalam lima (22%), dan tiada kesakitan sehingga 24 jam dalam bilangan yang sama (19%). Kebanyakan kesan sampingan hilang dengan sendiri dan berintensiti ringan atau sederhana, dan tidak jauh berbeza daripada plasebo dalam jangka pendek. Walaupun diclofenac memberikan hasil yang baik untuk sesetengah orang, hampir separuh tidak mengalami kelegaan kesakitan dalam masa dua jam, dan hanya satu dalam lima hilang sakit. Tidak jelas sama ada dos 100 mg memberikan hasil yang baik untuk lebih ramai orang. Bagi mereka yang tidak mengalami tindak balas yang mencukupi, terapi yang berbeza akan diperlukan.

Tiada maklumat mengenai rumusan diclofenac berbeza (contohnya suppositori) untuk merawat sakit kepala migrain akut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save