Ubat herba Cina untuk hipotiroidisme

Soalan ulasan

Apakah kesan ubat herba Cina untuk rawatan hipotiroidisme?

Latar belakang

Hipotiroidisme, juga dikenali sebagai tiroid yang kurang aktif atau rendah, adalah suatu keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi untuk banyak fungsi badan (metabolisme). Dalam kalangan orang dewasa, hipotiroidisme boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan, peningkatan kepekaan pada sejuk, sembelit, kulit pucat dan kering, kuku dan rambut rapuh, wajah bengkak, suara serak, kenaikan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, sakit otot, ketegangan, kekakuan dan kelemahan, sakit, kekakuan atau bengkak pada sendi, lebih berat daripada haid biasa, dan kemurungan. Hipotiroidisme pada bayi dan remaja boleh mengakibatkan pertumbuhan dan perkembangan mental yang lemah serta menunda perkembangan gigi kekal dan akil baligh.

Dalam teori falsafah dan perubatan Cina, Yin dan Yang adalah komponen penting dalam alam semesta material. Apabila Yang berkurangan, ia tidak dapat menghasilkan tenaga penting yang diperlukan untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, dan gejala hipotiroidisme boleh berlaku. Ubat herba Cina dianggap untuk memulihkan Yang, tetapi mekanisme yang khusus adalah tidak diketahui.

Keputusan

Penyelidik tidak menemui sebarang kajian klinikal rawak atau kajian berterusan yang menyiasat kesan ubat-ubatan herba Cina untuk hipotiroidisme dan oleh itu tidak dapat menubuhkan kesan rawatan ini.

Status bukti

Bukti ini adalah terkini sehingga September 2014.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save