Adakah penggunaan rekod kesihatan elektronik meningkatkan rawatan berhenti merokok kepada pesakit?

Dalam banyak negara pelaburan yang besar dilakukan ke atas teknologi untuk mengkomputerkan rekod kesihatan pesakit. Satu potensi rekod kesihatan elektronik (EHR) adalah ia boleh digunakan untuk mengingatkan doktor dan staf klinik yang lain untuk merekod penggunaan tobako, memberikan nasihat pendek untuk berhenti, mempreskrib ubatan dan membuat rujukan kepada kaunseling berhenti merokok. EHR juga boleh membantu merujukkan orang kepada perkhidmatan tersebut dan digunakan untuk mengukur kejayaan sesuatu klinik. EHR boleh juga membantu pemberian rawatan penggunaan tobako yang seragam dengan membekalkan rujukan elektronik untuk perkhidmatan rawatan tambahan (contohnya, rujukan kepada talian telefon berhenti merokok). Kami memasukkan 16 kajian dalam ulasan ini, di mana sembilan adalah kajian pemantauan. Kajian pemantauan adalah berkualiti lebih rendah daripada kajian rawak terkawal. Daripada cadangan untuk doktor dengan pesakit yang menggunakan tobako, kami hanya menjumpai penambahbaikan yang sederhana apabila dikaitkan dengan perubahan EHR. Secara spesifik, dokumentasi penggunaan tobako dan rujukan ke perkhidmatan kaunseling berhenti merokok kelihatan meningkat mengikuti perubahan EHR. Walaubagaimanapun, kajian-kajian tersebut tidak mengkaji dan/atau menunjukkan peningkatan dalam bilangan orang yang berhenti merokok.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save