Penindasan sistem tekanan pada kanak-kanak yang menerima hormon tekanan sintetik untuk leukemia limfoblastik akut

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti bahi penindasan sistem tekanan / paksi hipotalamus-pituitari-adrenal (HPA) (berapa kerap keadaan ini berlaku? berapa lama tempoh penindasan berterusan?) selepas rawatan dengan hormon tekanan sintetik / glukokortikoid pada kanak-kanak dengan leukemia limfoblastik akut (ALL).

Latar belakang

ALL adalah jenis kanser yang paling kerap di kalangan kanak-kanak. Glukokortikoid, seperti prednisone dan dexamethasone, memainkan peranan yang sangat penting dalam rawatan ALL. Walau bagaimanapun, glukokortikoid dos tinggi boleh menyebabkan penindasan paksi tekanan (dalam istilah perubatan, paksi hypothalamic-pituitary-adrenal (HPA)). Penindasan stres atau paksi HPA mengakibatkan pengeluaran kortisol yang tidak mencukupi. Cortisol adalah hormon tekanan semulajadi yang terdapat pada manusia. Apabila penghasilan hormon ini tidak mencukupi, tindakbalas terhadap tekanan (seperti trauma, pembedahan, keradangan) mungkin terjejas dan pertahanan terhadap jangkitan mungkin tidak mencukupi. Oleh itu, penghasilan kortisol yang tidak mencukupi masih menjadi punca morbiditi dan kematian di kalangan kanak-kanak. Kadar kejadian dan tempoh penekanan paksi HPA selepas terapi glukokortikoid untuk kanak-kanak ALL adalah tidak jelas.

Ciri-ciri kajian

Ulasan sistematik ini termasuk lapan kajian kohort dan dua kajian rawak dengan jumlah 298 pesakit. Semua kajian menilai fungsi adrenal dalam pesakit pediatrik yang dirawat dengan glukokortikoid untuk ALL. Bukti-bukti ini adalah terkini sehingga Disember 2016. Tiada kajian menilai paksi HPA di peringkat hipotalamus, pituitari, atau kedua-duanya. Penyelidik tidak dapat menggabungkan hasil kajian yang berbeza kerana heterogeneity.

Keputusan utama

Kekurangan adrenal berlaku pada hampir semua kanak-kanak pada hari pertama selepas terapi glukokortikoid selesai. Kebanyakan kanak-kanak pulih dalam beberapa minggu, tetapi sebilangan kecil mempunyai kekurangan adrenal yang berterusan sehingga 34 minggu. Tiga kajian melihat perbezaan dalam tempoh kekurangan adrenal antara kanak-kanak yang menerima prednisone dan mereka yang diberi dexamethasone (dua jenis glukokortikoid). Dua daripada tiga kajian ini tidak mendapati perbezaan. Dalam kajian lain, kanak-kanak yang menerima prednisone pulih lebih awal daripada mereka yang menerima dexamethasone. Selain itu, rawatan dengan ubat antikulat (flukonazol) seolah-olah memanjangkan tempoh kekurangan adrenal. Dua kajian menyiasat ini. Akhirnya, dua kajian menilai kehadiran jangkitan / tekanan sebagai faktor risiko kekurangan adrenal. Satu kajian menemui tiada hubungan. Kajian lain melaporkan bahawa peningkatan jangkitan dikaitkan dengan keadaan kekurangan adrenal untuk tempoh masa panjang.

Lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi diperlukan untuk menentukan kadar kejadian dan tempoh penindasan paksi HPA yang lebih tepat; sebelum garis panduanuntuk terapi penggantian glukokortikoid boleh dirumuskan.

Kualiti bukti

Semua kajian termasuk mempunyai beberapa risiko masalah berat sebelah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save