Mannitol, sejenis ubat sedut untuk merawat penyakit paru-paru dalam fibrosis sistik.

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti tentang kesan sedutan mannitol untuk merawat penyakit paru-paru dalam kalangan orang fibrosis sistik.

Latar belakang

Fibrosis sistik ialah sejenis penyakit gangguan genetik yang mempengaruhi kelenjar eksokrin (kelenjar peluh dan kelanjar lain). Jangkitan paru-paru menghasilkan lendir likat (kahak) yang boleh menyekat saluran udara dan menyebabkan lebih banyak jangkitan dan ulangan keradangan Seterusnya ini merosakkan paru-paru secara progresif dan menyebabkan kegagalan respiratori. Ada beberapa ubat-ubatan yang diguna untuk mengeluarkan lendir dari saluran pernafasan orang dengan fibrosis sistik dan sedutan serbuk kering mannitol adalah cara baru yang mungkin memperbaiki fungsi paru-paru. Formulasi serbuk kering mannitol mungkin lebih mudah dan senang diguna berbanding agen yang diberi melalui nebuliser (misalnya salina hipertonik). Mannitol boleh didapati di Australia dan beberapa negara Eropah. Ini adalah versi ulasan kemaskini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 28 September 2017.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan enam kajian (dengan jumlah 784 orang dewasa dan kanak-kanak) dalam ulasan ini. Lima kajian membandingkan dos standard mannitol dengan dos kawalan (dos yang rendah mannitol atau versi mannitol yang tidak membenarkan ubat aktif untuk sampai ke paru-paru) dan kajian yang keenam membandingkan mannitol dengan rekombinan deoxyribonuclease manusia (dornase alfa) dalam nedulizer sama ada diguna secara sendirian atau diguna bersama. Peserta boleh terus menggunakan dornase alfa dan terapi standard lain, tetapi dikecualikan dalam lima daripada enam kajian jika mereka mengguna salina hipertonik. Rawatan dalam kajian-kajian ini bertempoh dari 12 hari hingga enam bulan. Lima kajian memberi rawatan kepada pesakit luar dan di dalam satu kajian, kanak-kanak adalah yang dirawat di hospital akibat eksaserbasi pulmonari (“flare up’ penyakit).

Keputusan utama

Amat sukar untuk menggabungkan bukti daripada kajian-kajian dalam ulasan ini kerana perbezaan reka bentuk kajian, rawatan yang dinilai dan persekitaran (hospital atau pesakit luar). Beberapa maklumat tambahan diperoleh daripada pengilang ubat dan seorang penulis kajian untuk membantu ulasan ini

Ulasan ini mendapati bukti berkualiti rendah hingga sangat rendah iaitu tiada perbezaan dari segi kualiti hidup di antara mannitol dan rawatan kawalan ataupun pemberian mannitol yang ditambah atau tidak ditambah dengan dornase alfa. Terdapat bukti berkualiti sederhana pembaikan beberapa ukuran fungsi paru-paru dalam kajian-kajian lebih besar yang membandingkan penggunaan mannitol dengan rawatan kawalan. Kesan-kesan bermanfaat juga dilihat dalam subkumpulan orang dewasa dan di dalam kedua-dua kumpulan yang menggunakan dornase alfa berbanding kumpulan yang tidak menggunakannya.. Batuk (termasuk batuk berdarah), penguncupan saluran pernafasan, sakit di farinks atau larinks dan muntah selepas rawatan adalah kesan-kesan sampingan paling lazim dilaporkan dalam kedua-dua rawatan tersebut, tetapi tiada bukti menunjukkan kesan-kesan sampingan ini muncul lebih banyak dalam penggunaan mannitol berbanding rawatan kawalan atau dornase alfa.

Tiada kajian yang membandingkan mannitol dengan salina hipertonik nebulais oleh itu kami tidak dapat memberi komen agen manakah lebihd baik untuk pembersihan saluran udara. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menjawab soalan ini.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti dari ulasan ini sangat rendah hingga sederhana, bergantung kepada hasil yang diukur. Kami tidak fikir cara kajian direka bentuk mempengaruhi keputusan. Kami menilai setiap orang yang mengambil bahagian mempunyai peluang sama untuk dibahagikan kepada salah satu kumpulan rawatan dan tidak mungkin mengetahui terlebih dahulu atau semasa kajian rawatan mana satu yang diterima. Walau bagaimanapun, bilangan orang yang keluar daripada kajian mungkin mempengaruhi tafsiran keputusan, dan bilangan peserta yang direkrut ke dalam kajian serta cara mereka dipilih daripada semua orang dengan fibrosis sistik yang berpotensi menyertai kajian.

Walaupun beberapa isu telah selesai apabila pengilang ubat (yang juga membiaya kajian-kajian tersebut) memberikan beberapa maklumat tambahan. Adalah penting untuk menyedari bahawa sebelum memulakan kajian, peserta-peserta menjalani ujian untuk mengetahui sama ada mereka dapat bertahan dengan mannitol dan hanya mereka yang bertahan dengan mannitol boleh menyertai kajian tersebut. Ini bermakna keputusan kajian hanya benar untuk orang dengan fibrosis sistik yang boleh bertahan dengan mannitol.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com

Tools
Information
Share/Save