Agonis dopamine untuk mencegah sindrom terlebih merangsang ovari di kalangan wanita yang sedang menjalani bantuan rawatan teknologi reproduktif

Soalan ulasan

Adakah agonis dopamine berkesan dan selamat untuk mencegah sindrom terlebih merangsang ovari (OHSS) di kalangan wanita yang berisiko tinggi untuk OHSS (contohnya wanita dengan ovari polikistic atau hasil daripada rangsangan yang menyebabkan banyak oocyte)? Bagaimanakah keberkesanan mereka berbanding rawatan aktif lain (misalnya albumin manusia)?

Latar belakang

OHSS berlaku disebabkan ovari terlebih rangsang (organ-organ reproduktif perempuan yang menghasilkan telur dan hormon seks) dalam rawatan kesuburan (dipanggil bantuan rawatan teknologi reproduktif ). Ia bercirikan pembesaran ovari dan penyerapan cecair dari saluran darah ke rongga badan lain, menyebabkan kembung perut (perut), peningkatan risiko pembekuan darah dan pengurangan bekalan darah ke organ-organ penting. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini ringan dan diselesaikan sendiri tanpa rawatan, tetapi sesetengah wanita boleh mendapat OHSS yang sederhana atau teruk, yang memerlukan kemasukan ke hospital. Tidak terdapat penawar untuk OHSS selain daripada menunggu ia hilang sendiri dan mengurangkan simptom semasa di hospital. Ubat-ubatan yang dikenali sebagai agonis dopamine telah diperkenalkan untuk cuba menghalang OHSS.

Ciri-ciri ulasan

Ulasan ini melibatkan 16 kajian terkawal rawak yang melibatkan 2091 wanita yang berisiko tinggi untuk OHSS, yang menilai tiga agonis dopamine yang berbeza (cabergoline, bromocriptine dan quinagolide). Ukuran-ukuran hasil utama adalah bilangan kes baru (kejadian) OHSS yang sedarhana atau buruk dan kadar kelahiran hidup. Bukti-bukti adalah terkini hingga Ogos 2016.

Keputusan utama

Agonis dopamine dapat mengurangkan kejadian OHSS yang sederhana atau teruk di kalangan wanita berisiko tinggi OHSS (bukti-bukti kualiti sederhana) berbanding dengan plasebo atau tiada rawatan. Ini mencadangkan bahawa jika 29% daripada wanita yang mengambil plasebo atau tiada rawatan mempunyai OHSS sederhana atau teruk, antara 7% hingga 14% wanita yang mengambil agonis dopamine akan mempunyai OHSS sederhana atau teruk. Bagi wanita yang menjalani pemindahan embrio segar sebagai sebahagian daripada kitaran rawatan mereka, tiada bukti bahawa agonis dopamine dapat mempengaruhi hasil kehamilan, tetapi mereka mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan seperti sakit perut. Tidak bukti mengenai perbezaan antara agonis dopamine ditambah dengan satu lagi rawatan aktif berbanding dengan satu lagi rawatan aktif dalam kejadian OHSS sederhana atau teruk dan kadar kelahiran hidup.

Tiada bukti mengenai perbezaan dalam kadar OHSS antara cabergoline dan plasebo rawatan (cth: hydroxyethyl kanji, prednisolone atau 'coasting' (penangguhan rangsangan ovari selama beberapa hari)). Cabergoline berkait dengan penambahan kadar kehamilan klinikal berbanding dengan coasting.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah diantara sangat rendah hingga sederhana. Batasan termasuk pelaporan kajian kaedah yang lemah dan ketidaktepatan (kekurangan kejadian) untuk setengah perbandingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Chan MW (RCSI &UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save